Pengalaman pertama bro menjadi pengapit.
Itu pun atas permintaan kawan bro pada saat-saat akhir. Selamat ada baju yang sepadan dengan pengapit perempuan.
Kalau tidak…..
Malangnya tiada gambar atau bahan bukti bro menjadi pengapit dalam simpanan bro. Dalam memory ada la.
Kalau tidak, boleh bro tempek didalam blog ini. Maka terpaksa pakai gambar sepupu bro kahwin. Dan pengapitnya bukan bro. Tetapi pengapit perempuannya agak menarik juga la.
Tadi,
Bro tweet offer jadi pengapit bro pada seorang kenalan bagi majlis di sebelah Johor. Kenapa bro pilih dia?
Rumah sewanya dekat je dengan rumah pengantin. Jalan kaki pun boleh.
Bro : Mu jadi pengapit bro masa majlis sebelah johor leh?
Dia : Fuh berat job tu, tak pernah cuba lagi, senang tak kalau senang, on je.Bro : Relak la, bro pun tak pernah cuba jadi pengantin lagi.
Dia : HahahahahBro : Kalau bro pernah jadi pengantin, sure tak pening sangat macam nie.
Pengapit bro pada majlis sebelah Perak.
Kenalan bro,
Tak sangka rumah makcik dia berjiran dengan rumah bro di Perak. Kira pakej baik punya la nie ek.
Bicara Bro : Nak jadi pengapit perlu lebih tenang dari pengantin dan pandai mengawal keadaan.
Mana la tahu, ada perkara yang tidak diingini berlaku. Paling penting, pengapit la orang terapat dengan pengantin.
Penat tau nak sengih-sengih macam kerang pada tetamu yang hadir.
besar tanggungjawab pengapit ni… sy dah retired. xterima dh job pengapit ni. hee….
Ala dah retired la pulak, tak turun ilmu ke?
Senang kalau pengapit dekat dengan rumah pengantin perempuan kalau tidak mengelabah pengapit tak sampai lagi. :-)
Tau xpe….
Patah juga tue….
Ingatkan ada gambar bro jadi pengapit. Nak jugak tengok sebelum bro jadi pengantin pulak.hehe
Maaf, gambar tersebut tiada dalam simpanan bro.
saya tak pernah lagi jadi pengapit..
diapit pernah la..hahaha…
segan nak jadi pengapit ni…
takut market pengapit lagi tinggi dari pengantin…
Selalunya macam tue la.
Lepas bro jadi pengapit tue, ada je kenalan pengantin ajak makan semeja. Dan semuanya perempuan
Memang market naik mendadak.
Siapa dapat projek lagi dengan dorang. (bukan buat projek, dapat la projek business dengan dorang)
hahaha..semua perempuan ke bro…betul-betul naik saham tu…melabur dengan pegang kipas je…
siap dapat projek tu, rezeki bro…
dkna nak jadi pengapit untuk sesi seterusnya..hahaa..boleh tak?
Betul ke nak nie? Nak sebelah Johor or Perak?
maluuuu sebenarnya…hahaa..
takot tertukar, pengapit atas pelamin pengantin duk sebelah je..hikhikhik
paling penting, pengapit tu kena cukup makan dan cukup minum. Lenguh nanti asyik berdiri di sebelah pengantin. Mengipas dan menjaga keperluan pengantin. Kalau bersandng kena pada cuaca panas, stamina kena ada.
hehehe.. best jer baca jawapan bro bg kat kawan bro.. ;)
He..23x best ek… tunggu bro bukan… Mahu tergelak2 Nurul nanti
berat ke job pengapit nie. Aku rasa macam tukang kipas jer. huhuh.. Lepas tue dia paling sedap layan nasi adap – adap. hahaha
Itu basic je.
Kalau ikut adat yang bakal bro tempuhi nanti. Pantun memang kena pandai berbalas.
Duit tol dia perlu pandai bahagikan.
paling penting kena pandai nego dengan mak andam sebelum bro naik pelamin.
Kalau fail, bro tak naik pelamin la. Rombongan pengantin lelaki boleh patah balik
Pernah jugak jadi pengapit,mula-mula rasa kekok je,tapi bila dah lama tu,ok je,cuma kena sentiasa senyum dan layan tetamu-tetamu pengantin
So xde masalah kalau jadi pengapit lagi kan he..23x