March 28, 2024

Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG) Bersama Rumah Kebajikan

Baru-baru ini Metrowealth (MIG) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama artis-artis dibawah naungan MIG dengan beberapa penghuni rumah kebajikan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Majlis ini telah diadakan di perkarangan Wisma Metrowealth di Petaling Jaya Convention Centre (PJCC).

Antara rumah kebajikan yang terlibat adalah :-

  1. Rumah Kasih harmoni Paya Jaras (Sungai Buloh)
  2. Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah (Batu Caves)
  3. Persatuan Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal Taman Medan (Petaling Jaya)
  4. Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Al-Quran Hashimiah (Batu Caves).

Antara artis naungan MIG yang turut hadir seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Farid Kamil, Yana Shamsudin, Along Cham dan lain-lain.

Tidak lupa juga kepada artis baru mereka seperti Wawa Zainal dan Zalif Sidek.

Pada majlis ini, Major (K) David Teo telah memberi sumbangan beliau dalam bentuk duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir sama ke majlis ini.

Tetamu yang hadir juga turut diberi duit raya terdiri dari media, blogger dan juga rakan artis.

Terima kasih bro ucapkan kepada pihak Metrowealth kerana sudi menjemput bro ke majlis ini.

Nantikan filem terbaru dari mereka iaitu Seram Sejuk pada hari raya ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Metrowealth (MIG) Bersama Rumah Kebajikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *