Aktiviti berbasikal pada hujung minggu merupakan aktiviti yang menyihatkan dalam masa yang sama dapat mengisi hujung minggu kita dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Ini yang ingin dikongsikan bersama oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Sri Dr. Ng Yen Yen.
Beliau telah menjemput bro untuk terlibat sama dalam program yang beliau anjurkan iaitu CC1M Sunday Bike Ride yang berlangsung di Taman Tasik raub, Pahang.
CC1M? apa itu bro?
CC1M merupakan singkatan kepada Cuti-Cuti 1 Malaysia.
Aktiviti ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dalam masa yang sama mempromosikan salah satu produk pelancongan kita iaitu aktiviti berbasikal.
Untuk CC1M Sunday Bike Ride yang berlangsung di Raub, Pahang ini. Jarak perjalanan lebih kurang 11km mengelilingi pekan Raub.
Aktiviti ini dilihat telah melibatkan masyarakat dari beberapa lapisan umur dan bangsa. Ianya juga mendapat penglibatan dari murid-murid sekolah berdekatan dan juga dari kelab berbasikal yang berminat menyertainya.
~ Wakil dari Fixie Riderz Club ~
Dari jalan besar memasuki kawasan perkampungan, pekan kecil sehingga ke jalan besar.
Ianya memberi satu kesegaran sambil menikmati kehijauan disekeliling dan juga kenyamanan udara pagi.
Aktiviti ini bukan hanya berlangsung di raub, Pahang sahaja.
Ia juga dijalankan diseluruh negara pada ahad minggu pertama setiap bulan anjuran Tourism Malaysia.
Bagi orang awam yang ingin menyertai program ini, boleh dapatkan info dari Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia.
Terima kasih bro ucapkan kepada Tourism Malaysia Pahang kerana sudi menjemput bro menghadiri majlis seperti ini.
Krew Media yang memeriahkan Cuti Cuti 1 Malaysia (CC1M) Sunday Bike Ride @ Raub
xnmpk bro kayuh basikal pon..jauh x kayuh ?bpe km?
tercari-cari bro ek…
Atenye bro yang amik gambar, macam mana nak amik gambar sendiri sambil berbasikal.
Cer cite.
Bro naik kenderaan Media untuk amik gambar, tak kayuh pun. Cuma lenguh je bila berdiri.
Baru hendak melihat aksi bro berkayuh tetapi tak adalah pula. :-)
bro xminat kayuh2 basikal ni..bro kayuh basikal dlm umah je..
cute lak tengok muka menteri kayuh beskal ;p
Belum tengok muka bro tengah kayuh, malangnya tiada sesiapa nak amik gambar bro tengah kayuh T-T
dah lama tak kayuh basikal,nanti tayar basikal tak pancit, tapi saya yang pancit ;p
He..23x bro mmg antara yg terpancit awal2.. dah x fitt mcm dulu
confirm memang dik bro tak naik basikal… naik keta ekk? hehehehe….
Yup naik kereta… :)
Waaahhh berbasikal gitu..
Nurul pun patut berbasikal juga tau
bgus program nie..bleh promot m’sia dan mnyihatkn bdn skali..
Syu pun patut terlibat sama :)
klau ada lg, bleh je..hehe
Bagus aktiviti sebegini.. Sihat dan mengeratkan tali persaudaraan satu Malaysia..
Menteri tak larat sampai kena tolak dgn sheriff ker? hik3.. Ok.. kalau nak basikal murah tapi berkualiti lu roger2 gua..
Itu bukan sheriff, tapi pembantu peribadi dia.
Mana-mana dia pergi, pembantu dia nie memang ada.
comey je basikal merah..hehehe
bro, xde ke yang nak organize paintball?..kot2 ada, leh join sekaki.
2 bulan lepas ada blogger yang organize paintball tapi bro x dapat nk join sebab dorang buat hari jumaat, dan bro pulak outstation…
Sampai ke Raub bro pergi? caiyok2..
Kalau ada rezeki, satu dunia bro nak pergi.
Tapi kena tunggu ada yang menaja la kan
interesting event nih :-)
Memang menarik, lagi-lagi kalau dapat berkayuh beramai-ramai macam nie
tercari-cari gak mane bro..hahha..rupenye bro yang snap gmbr ini..
Ni berbasikal lepas makan durian atau sebelum makan durian?