Masih lagi isu berkisar mengenai kes penipuan dari syarikat Jay One Communication and Services dimana mereka menjual beberapa gadget secara online.
Dan kebanyakan barang dihantar tidak seperti mana yang diinginkan oleh pembeli. Order hp 2-3 biji dapat lesung batu sebiji.
Kali ini,
Seorang mangsa telah membeli iPhone 4s dari syarikat ini tetapi bungkusan yang diterima hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman.
Mangsa kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.
Dia berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu,
Dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.
Dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.
Bicara Bro : Kepada mereka yang teringin membeli barangan secara online,
Bro harap anda lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah. Memang fitrah manusia, kita memang suka benda yang murah dan ada jenama.
Bro pernah kena tipu semasa membuat pembelian di eBay. Dah la barang tak dapat-dapat. Dapat lesung batu pun jadi la. Boleh digunakan untuk baling dekat kepala si penipu tue.
Kene berhati-hati sebelum membeli barangan secara online..teliti dahulu latar belakang penjual tersebut agar tidak terpedaya..RM1750 tu setengah tahun baru Jay dapat kumpul..wuwuwuwu
Kadangkala maklumat si penjual mengelirukan.
Lagi-lagi menggunakan nama syarikat dan alamat yang mencurigakan.
betul tu bro..adakala org yg menjual menggunakan nama syarikat yg lain..sebab tu Jay tak seberapa berani nak beli secara online ni..lagi bagus beli terus kat kedai..biar mahal takpe yang penting berbaloi..
tadi ade dengar kat radio hot fm.. kesian plak..
Tue la.. erm nurul bila nak date dengan bro nie..??
Nanti lepak dekat tempat sama dengan iera.
Kalau jumpa la si penjual tuh, lempar je lesung batu kat muka dia. Tak pun sumbat berus cat tu lam mulut..haha3
He…23x tp comey la tepon mainan tue kan
kalau jumpa si penjual tu..komik tu aku rebus bagi dia minum dgn kertas2 tu sekali..penjahat bin penjahat sgt kan.. nipu je kojenye..
hanya berani shopping on9 bli brg yg rega bwh rm100. huhu
contohnye…??
cer kongsi pengalaman :)
Lepas ni boleh cat then lukis iphone 4s besar2
he..23x cam tue pula ek :)
pas kasi penipu tu makan lesung batu..tye dia…best ke tak best makan lesung batu..=D
amboi. kejamnye die
golongan inilah yang menconteng arang kepada peniaga internet yang lain..
camanalah leh kena tipu ni..