November 13, 2024

Mati Kerana Facebook

La…!! Tak habis-habis dengan bala yang menimpa dan berpunca dari facebook.

Terbaca di akhbar

Semuanya gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB),

Tak pasal-pasal,

Seorang lelaki nie, mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan.

Mangsa iaitu Mohd Amran Romli, 20 (remaja lagi nie) dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK hospital dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Abang wanita berkenaan yang berusia 25 dan 26 tahun tidak berpuas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.

Bicara Bro : Aib sendiri nak dijaga, inikan pula aib orang.

Facebook terlampau terbuka. Kalau tersalah langkah, facebook juga dijadikan bahan untuk mendakwa kamu. So berhati-hati bila menggunakan facebook

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Mati Kerana Facebook

  1. mcm2 gara facebook..mase mak naz gi jmpa ustaz tuk rawatan islam..ade lak org tu pun nak berubat..sebab hband dia ketagih facebook..smpai tak leh mandi dan wat kerja lain..

  2. kalo akal digunakan pasti bende ni x terjadi..ni sume mengikut nafsu la ni…yg sorang kutuk orang yang 2 org lagi nak pertahan maruah keluarga tp ada cara lain lagi yg lebih elok dari membunuh kan?

  3. btol tu..kekadang teknologi ni kalau terlebih guna pun susah diri jugak..so ada baik berhati2 dlm setiap apa yg diucapkan (or lebih sesuai apa yang di statuskan). jgn smpai mnysahkan diri sndri di kmudian hari

    *tu pasal malas jugak nak status bukan2 ni..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *