Buku terbaru dari mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Telah selamat dilancarkan  di PH Midvalley Bangsar KL jam 3 petang semalam.

Seperti mana yang telah bro nyatakan di entry terdahulu.

Buku ‘A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad’ terbitan Kumpulan MPH itu dijual pada harga RM100 menghimpunkan cerita Mahathir sejak 85 tahun lalu termasuk zaman pemerintahannya.

Penulisan beliau penuh berinfomasi dari seorang pemimpin yang di segani diperingkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, ianya diselit dengan beberapa perkara yang mungkin sensitif pada sesetengah pihak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak berniat menyakitkan hati mana-mana pihak ketika menulis buku memoir pertamanya, sebaliknya menyifatkan apa yang tercatat di setiap halaman buku itu cerita benar.

Walaupun sedar ada pihak kurang senang dengan tulisannya dalam buku setebal lebih 800 muka surat itu, tidak dapat berbuat apa-apa jika pihak berkenaan mengambil tindakan undang-undang termasuk saman.

Bicara Bro : Tidak semua orang boleh terima pendapat dan teguran dari orang lain.

Dan tidak semua pendapat dan teguran mampu memberi kesan positif kepada mereka yang menerimanya. Pe2 pun kita perlu amik yang positif hindari yang negatif