Assalamualaikum wbt & salam perpaduan
Entry pertama yang agak berat untuk bro kongsikan dengan anda semua di teratak baru bro. Di blog lama bro (BeliBuy) sentiasa bro berkongsi isu yang membuka mata dan fikiran mengenai peristiwa atau cacatan hitam di satu sudut yang mungkin anda sendiri tidak mengetahui atau terlepas pandang.
Sebelum bro merapu rapan dengan lebih jauh, ada baiknya bro selitkan mukadimah untuk mengurangkan tekanan dan memudahkan anda menerima isu yang ingin bro perkatakan.
Kisah yang berlaku di dalam kelas, Dimana lecture dari India yang baru pertama kali mengajar di Malaysia
Lecture : Sekarang Malaysia musim apa..??
Student: Musim mengawan, sir
He.23x student cam nie pun ade.. Tapi memang situasi ini pernah berlaku.
Kembali semula pada topik asal. artikle ini bro copy bulat dari blog Khunshikang. Sekadar untuk dikongsikan dan bukan untuk mengaibkan sesiapa.
SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.
Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.
Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.
Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.
Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).
Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.
Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta
BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.
Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.
Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.
“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.
“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.
Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.
Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.
“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.
“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan… sudah macam suami isteri,” katanya.
Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.
“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).
“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.
Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.
Terlalu banyak perkara yang disentuh. Cukup sekadar renungan bersama,
– Pujukan kekasih
– Me”release” tekanan peperiksaan
– Termakan budi “si bapak gula”
p/s- syaitan memang terikat di bulan ramadhan. Tetapi jika hati dan jiwa sejak azali dah dikuasai syaitan, maka memang susah untuk mereka menghormati bulan suci ini.
bulan ramadhan memang syaitan di ikat..tp nafsu diri tidak di ikat….sbb tu kejahatan masih berleluasa….
cian anak tak berdosa…
wlaupun bulan ramadhan
nafsu diri mmg susah nk dikawal
kes xpat kawal nafsu.
tu y jd gni.
haih
uhuu…ihgtkn musim mengawan musen kenduri kawen..sbb ibu N sll ckp cmtu..ni rpenyerr mngawan kawen x nikah ekk..
yang ni agree: syaitan memang terikat di bulan ramadhan. Tetapi jika hati dan jiwa sejak azali dah dikuasai syaitan, maka memang susah untuk mereka menghormati bulan suci ini.
Bulan posa pon ada orang mengawan ke bro..aduayii..tak tahulah apa nak jd ngan dunia akhir zaman ni kan bro. ingatkan haiwan je mengawan..manusia pon ada ek..sedih2.mne la tahu kan…
hohu~
terima kasih bro!
menambah ilmu di dada.
dah x mstahil da dlm dunia ni
iman semakin nipis & terhakis
tiada usaha kearah peningkatan
kerana setiap hari kita dihidangkan & ditunjukkan JALAN ke arah kemaksiatan….
byk sgt t’dedah pd bnda2 x sepatutnya…mudah t’pengaruh…suka nak m’cuba n last2 tu la hasilnya..nauzubillahi min zalik..
bro..knapa copy dr entry org len..np bro x tulis dgn tulisan bro sendiri..dari kacamata bro…hik3…a[e[un kita suka baca(walaupun kita baca lompat2)
besamala kita bedoa hya utk yg tbaik inshaallah amin.
xsab0 nak kawen gamaknya…
iman x kuat la 2…xkesah la bulan ape pon ;)
salam.. errk.. musim yang membahayakan bagi yang tidak sah.. hohoho..
p/s: hidung bro camne skang? dah beransur baik?
tajuk..lucah..hik2…tapi sesuai dengan content..
yup2..setuju..sebab ade kawan peanut cam gitu..
sanggup tak alik time cuti..mak ayah pun heran..asal anak ye nki rajin sangat study..
tapi..tengok2..
ngah bersuka ria dia dok atas katil..
huk2x..
Setuju2.. ramai pelajar IPT sekarang mengawan.. mule 2 ngorat then mengawan.. sgt pandai
smoga djauhkan..nauzubillah…
huhu….dunia akhir zaman..
haha
mcm2 betol
:D
bab mcam ni kan bro, susah utk kita cakap dengan masyarakat kat luar, if kita nampak, nak diam pun terasa bersalah. bagitau pun, orang kata “lantak la hal anak orang, bukan anak aku.” nauzubillah…
apa yang boleh fik harap, semoga cepat2 la diorang ni kembali ke pangkal jalan.
haah sha penah baca artikel sepeti ini kat MAjalah wanita..memg selalu kes nie belaku bila lepas sesuatu perayaan or cuti sem.. ermm.. sha harap sha dijauhi dari perbuatan tue..
yalah, betul..
mintak doa moga dijauhkan perkara macam ni
bdk2 muda skg..
mcm2 btol mslh..
haih..(ckp mcm kite x mude..hehehe)