17,154,123 total views, 5,427 views today

Hidangan Halal & Murah di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ Serendah RM29.90

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Puan isteri ingin habiskan cuti tahunan dia, maka bawa dia pergi makan di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di eCurve, Mutiara Damansara (Sebelah The Curve).

Memang dia dah lama teringin nak makan steamboat.

Lagipun ketika itu, kami memang menuju ke IKEA untuk cuci mata, kot-kot ada yang berkenan di hati.

Selepas penat mencuci mata (orang ramai sangat, tak larat nak beratur bayar). Kami menuju ke Restaurant Pak John Steamboat & BBQ, bila penat dan perut lapar, rasanya berbaloi perkena steamboat.

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Di pintu masuk, kami disambut oleh “hidangan” ini.

Nak makan tak mampu la pula, tapi kalau teringin nak perkena “hidangan ini”. Kena buat tempahan awal, untuk memudahkan mereka menyediakannya.

Hohoho (Buat suara Santa),

Mula-mula perancangan nak makan kami sekeluarga sahaja. Sekali masa shopping dekat IKEA…

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Boleh terjumpa dengan mereka semua.

Kuat jodoh kita ek. Untung IKEA ada pelangan macam kami ini, tapi untung lagi kami bila langkah kanan – ada orang nak belanja makan (open table) dekat Restaurant Pak John Steamboat & BBQ ini.

Apa Yang Menarik di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Apa sebenarnya yang menari di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ ini?

Dikatakan mempunyai lebih 150 hidangan yang anda boleh nikmati, dengan keluasan ruang niaga mampu menampung sehingga 200 orang dalam satu-satu masa.

Selain halal, harganya lebih murah dan berbaloi berbanding yang lain.

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Ala… makanan lebih kurang je macam kedai yang lain?

Rupanya ada benda yang anda akan TERUGI jika malu bertanya. Korang tau tak, dengan nilai yang korang bayar itu (walaupun murah), mampu memberi anda kepuasan yang tidak terhingga dan berbaloi-baloi dengan harganya.

Bro sendiri pun baru tahu (Sebab ada yang bertanya).

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara
Please Order Here!

Terang-terang dia dah bagitau. Kalau nak, kena order di sini. Tapi ramai yang terlepas pandang atau tak perasan. Biasa la perut lapar, just nampak yang terhidang di depan mata.

Bro salah seorang daripadanya. Bro akui.

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara

Sekiranya anda datang makan di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ, jangan sesekali terlupa untuk memesan hidangan ini :-

  • Australia Beef Slices
  • Smoked Duck Breast Slices
  • New Zealand Lamb Slices
  • Smoked Abalone Slices
  • Chicken Slices

Harganya sudah termasuk dalam harga yang anda bayar. Syaratnya, anda kena buat pesanan, baru dia keluarkan bagi mengelakkan pembaziran.

Harga Serendah RM29.90 di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa harga untuk makan di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ ini. Bro sendiri pun baru tahu, harganya :-

  • RM29.90 (seorang) Lunch Weekdays – 11 am – 5 pm
  • RM39.90 (seorang) Dinner Weekday – 5 pm – 10 pm
  • RM39.90 (seorang) Weekend & Public Holidays
  • Kanak-kanak (5 – 12 tahun)- Separuh harga. (5 tahun kebawah) – Percuma

Pak John Steamboat & BBQ, eCurve, Mutiara Damansara
Inilah muka kami selepas makan,

Clear dan kemas sahaja meja kami. Bagus, boleh dibawa ke mana-mana majlis makan-makan selepas ini.

Terima kasih kepada yang sudi open table untuk kami semua di sini. Tak sangka harganya amat murah dan berbaloi dengan apa yang dihidangkan di sini.

Halal pula itu.

Sekiranya anda ingin menikmati steamboat terbaik, murah dan berbaloi. Anda boleh datang ke :-

Pak John Steamboat & BBQ
Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.

Tel: 03-7733 3913
Website : www.pakjohn.com

#VlogRetis #Projek2017 – Restaurant Pak John Steamboat & BBQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Hidangan Halal & Murah di Restaurant Pak John Steamboat & BBQ Serendah RM29.90

  1. Pakej yang ditawarkan menawan selera.

    1. Sesuai sangat untuk seisi keluarga.

  2. wahh bestnya..murah gak tu…

  3. kalau dapat lobster atau king crab tu lagilah mendapat

    1. Kalau yang itu, harga dia… boleh tahan gak la

  4. Terbaik lahhh kedaii niee sedap dan murah

    Mencari piala, medal dan plak yang murah dan cepat siap tapii berkualiti tinggi mehhh tengokk kat sini shja
    http://www.kedaipiala.com/

Leave a Comment