You are here
Home > Bersama BroFramestone > Singgah ke “Sarang” Mamat Khalid di Tg Malim, Perak

Singgah ke “Sarang” Mamat Khalid di Tg Malim, Perak

Sarang, Tg Malim Milik Mamat Khalid
Baru-baru ini, Bro berkesempatan singgah sebentar ke “Sarang” – Port Mamat Khalid yang dibuka oleh beliau di Tg Malim, Perak.

Kehadiran Bro sebagai tanda membalas kunjungan beliau tempoh hari ke Bro Char Kuey Teow.

Anda boleh baca artikle tersebut di SINI.

“Sarang” – Art Hub Tg Malim, Perak

Semuanya bermula dengan penggambaran filem ‘Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium’ di sekitar Tanjung Malim, Perak mencetus idea buat pengarah terkenal Mamat Khalid untuk mengembangkan seni terutama dalam kalangan anak muda di kawasan ini.

Kemudian, beliau ditawarkan oleh Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) supaya membangunkan Rumah Rehat Tanjung Malim sebagai Art Hub atau pusat seni di daerah Tg Malim.

Maka terjadinya perjanjian antara syarikat milik Mamat, Enjit Semut Sdn Bhd dengan MDTM.

Melalui perjanjian ini, memboleh­kan Mamat menjalankan pelbagai aktiviti seni selama lima tahun di rumah rehat itu yang juga rumah warisan sejarah.

Kenapa “Sarang”?

Pusat ini dinamakan “Sarang” sebagai simbolik tempat pengumpulan pelbagai aktiviti seni serta bertujuan melahirkan lebih ramai pengiat seni dalam kala­ngan golongan muda.

Anyway….

Minggu ini, ada banyak aktiviti diadakan di sekitar “Sarang”, Jika anda mempunyai kelapangan, jemput la datang & memeriahkan event pada hari Ahad (1 Nov 2015) malam.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Singgah ke “Sarang” Mamat Khalid di Tg Malim, Perak

Leave a Reply

Top