17,158,285 total views, 3,825 views today

Fakta Tentang Kerjaya Pemandu Teksi di Malaysia

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Pengalaman Menaiki Teksi Di Malaysia
Sepanjang hidup anda, berapa kali anda pernah menaiki teksi?

Dan sepanjang anda menaiki teksi, pernah tak anda bersembang dengan pemandu teksi bertanyakan soalan tentang kerjaya dan keluarga mereka?

Disini Bro ingin kongsikan beberapa kisah tentang pemandu teksi di Malaysia yang mungkin anda sendiri pun tidak tahu.

Kecuali anda hanya tahu, naik teksi dan merungut harga yang dicharge terlalu mahal jika dibandingkan menaiki pengangkutan awam yang lain.

Ingat anda sahaja boleh merungut, mungkin anda sendiri tak tahu apa yang pemandu teksi selalu merungut didalam hati mereka.

He…23x

Pemandu Teksi

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pemandu teksi berkerja diantara 12 – 16 jam sehari, 7 hari seminggu. Ada juga yang siangnya mempunyai kerja lain dan sebelah malam memandu teksi.

Terpaksa buat 2-3 kerja satu hari untuk cari makan dan menampung kos sara hidup yang tinggi.

Ada yang menjadikan teksi sebagai rumah dan tempat tidur selepas habis bekerja.

Ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga semata-mata nak cari rezeki sebagai pemandu teksi di ibu kota.

Pemandu Teksi Perempuan

Zaman sekarang, bukan lelaki sahaja menjadikan pemandu teksi sebagai kerjaya.

Perempuan juga tidak terkecuali.

Jadi pemandu teksi ini, bukannya sesuatu yang senang atau mudah.

Kadangkala kena caci maki oleh penumpang, ada yang tak sanggup nak bayar seperti mana yang mereka charge. Ada juga yang sepanjang hari terpaksa menghadap trafik jem.

Paling sadis bila sepanjang hari mereka tidak dapat seorang pun penumpang.

Tapi ini semua merupakan pengorbanan yang mereka perlu buat untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga mereka.

At MyTeksi, we believe that there’s no greater love, than the love of a family. Stay closer. Spend time with them. After all, they’re just a MyTeksi away.From all of us at MyTeksi, have a very blessed and beautiful Ramadan and Raya with your family.

Posted by MyTeksi on Tuesday, June 30, 2015

Tak semua pemandu teksi nampak teruk dimata anda.

Cuba luangkan masa dekati mereka dan dengar luahan yang jauh terpendam didalam lubuk hati mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 thoughts on “Fakta Tentang Kerjaya Pemandu Teksi di Malaysia

  1. Yelah kan.. Orang hanya tahu merungut sedangkan tak semua orang sanggup berada atas jalan 12 jam sehari mengadap kerenah penumpang, mengadap jam.. lagi satu maintainance teksi pun jadi mahal sebab teksi kena selalu servis & cepat rosak… So, bila tambang teksi tu naik jangan rasa pemandu teksi jadi kaya raya. sebab dorang perlu menampung banyak kos

  2. Semasa saya duduk dekat Sawak dulu, saya selalu naik teksi… Setiap kali naik teksi biasanya, saya akan jumpa driver berbangsa Cina…

    Di air port, biasanya mereka ada buat penggiliran untuk ambil penumpang…. Kiranya rezeki mereka sama rata…

    Tetapi, kalau ada penumpang yang tahan mereka di tengah jalan… Itu memang rezeki mereka… Tapi, kemungkinan mereka terpaksa delay giliran mereka untuk ambil penumpang di airport…

  3. saya selalu naik teksi dan boleh dikatakan selalu berborak dengan pemandu mengenai kerjaya mereka. macam2 cerita ada. ada yang stress kerja lama dan jadi pemandu teksi. ada yang sanggup tak tidur malam tunggu giliran ambik penumpang di airport. dan bermacam-macam lagi kisah. apa yang pasti, mereka juga sedang cari rezeki seperti kita semua. sama2 kita saling menghormati.

  4. Jarang naik teksi bandar. Kalau naik teksi ke lapangan terbang.

  5. Betul! tak semua teksi jahat and ambil kesempatan, ikut nasib sebenarnya. Iday setakat ni selalu dapat yang okay2. Kadang dapat yang jenis peramah siap luahkan masalah diorang pulak sebab ada teksi yang terkesan dengan kwujudan “Grab A Car” .

  6. taksi selalu ambil jalan yang jauh, jalan dekat ke rumah malah ambil jalan jauh, jadi bayar agak mahal.!

  7. Ada yang baik, ramah nak going all out untuk berikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka…cuma tu lah, permata di padang pasir je jumlahnya..

  8. kadang kesian jugak. market tak seperti dulu. semoga dimudahkan untuk semua pemandu teksi.

  9. Oh my god,,
    saya terharu, liat video nya…
    luar biasa…. Posting ini membuka hati bagi mereka yang salah menilai dari seorang pemandu teksi…

  10. selalu kalau naik teksi pakcik yang dah berumur, bagi duit tak payah ambik balance. Niatkan sedekah je pada pakcik tu.

  11. kerjaya yang sangat mencabar. ada yang bekerja sepenuh masa mencari sesuap nasi, ada juga yang bekerja bagi mengisi masa lapang

Leave a Comment