You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > 5 Jenis Orang Bekerja Untuk Cari Duit Yang Perlu Anda Tahu

5 Jenis Orang Bekerja Untuk Cari Duit Yang Perlu Anda Tahu

Iena Eliena Kerja layan Blog
Selamat hari pekerja buat semua rakan-rakan pembaca yang merupakan pekerja. Kalau anda adalah majikan, jangan pula seksa pekerja anda dihari pekerja ini.

Hari ini, Bro ingin kongsikan 5 jenis orang yang bekerja untuk cari duit.

Kredit gambar diatas buat www.ienaeliena.com

1- Buat Kerja Dapat Duit

Ini merupakan golongan yang bekerja untuk dapat duit. Tak buat kerja, memang tak dapat duit. Contohnya amik upah jahit baju raya, tampal tayar motor tepi jalan atau jadi Ah Long mintak hutang.

2- Buat/Tak Buat Kerja Dapat Duit

Tak lain tak bukan, orang yang kerja kerajaan atau swasta yang kerjanya jalan atau tak jalan tetap dapat gaji pada hujung bulan.

IKLAN : Rahsia Bina Kerjaya di Singapura.

Mengular Waktu Kerja

3- Tak Buat Kerja Dapat Duit

Ini yang selalu dijanjikan oleh sesetengah scam atau MLM. Nipu je semua itu.

MLM yang dikatakan jutawan pun, tetap dok tayang muka bagi ayat-ayat manis, kata-kata semangat pada downline dia. Itupun dinamakan kerja juga.

Kecuali jika anda dah memang mempunyai tapak yang stabil untuk memastikan duit sentiasa masuk, contohnya rumah sewa, pelaburan dan etc.

Yang Bro nampak selalunya orang cina. Dimana mereka telah buat pelaburan untuk anak mereka dari kecil. So bila dah besar, walaupun anaknya tak kerja. Duit poket sentiasa masuk setiap bulan dari pelaburan yang mereka buat.

4- Buat Kerja Tapi Tak Dapat Duit

Yang ini pun banyak juga termasuk Bro (tapi Bro usaha juga untuk pastikan walaupun sedikit kerja yang Bro buat dibayar).

Ada yang buat kerja tapi tak dapat apa-apa pulangan dengan erti kata lain buat kerja sia-sia.

Contohnya,

Buat kerja, tapi company tempat kita kerja tak nak bayar kita (sebab duit xde) atau bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan kerja yang kita buat termasuk kerja lebih masa yang sememangnya tak dikira tapi kena buat he…23x

Pasal buat kerja tapi tak dibayar. Rasanya ramai kot. Termasuk la selebriti.

Eh Selebriti pun kena juga ke? Bukan ke dorang dah kaya?

Siapa cakap dorang kaya. Memang la bayaran yang diterima dorang mahal. Tapi itu termasuk kos agent, kos pengangkutan, penginapan, gaji manager dorang, pakaian lagi etc.

Ada yang delay bayar dan ada yang menghilangkan diri tak bayar-bayar.

Blogger pun lebih kurang sama macam nie juga.

5- Tak Buat Kerja Tak Dapat Duit

Dan yang terakhir sekali, golongan yang tak kerja dan tak dapat duit.

Banyak kot. Dah la malas kerja, duit pun xde. Menghabiskan beras je…!! He…23x

Selamat Hari Pekerja semua 🙂 Jangan Lupa Jadikan Perkerjaan Satu Ibadah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “5 Jenis Orang Bekerja Untuk Cari Duit Yang Perlu Anda Tahu

  1. iena kategori 2 kot
    buat tak buat dapat duit (basic)
    tapi kalau lebih banyak buat keje lebih banyak dapat duit
    bonus + keje part time modelling & make up

Leave a Reply

Top