Blogilvy Blogger Gathering
Bro akui kebanyakan blogger yang mempunyai nama yang agak gah dan berpengaruh pasti dilamar oleh beberapa syarikat atau agensi besar.

Selain dijanjikan projek atau kempen yang menarik, pasti ada sesuatu yang mereka perlukan dari blogger tersebut, yakni “Loyalti” atau erti kata lain “Kesetiaan”.

Tapi, bagaimana nak buat blogger tersebut loyal dengan mereka?

Jeng jeng jeng….!!!

Blogger Sign Contract

Iftar Bersama Blogger 2014

Maka terjadinya perjanjian MOU diantara blogger dan syarikat/agensi berkenaan. Termenterainya perjanjian melalui kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Dengan syarat.

Sebarang pengiklanan atau penglibatan blogger berkenaan perlu melalui mereka. Syarikat atau jenama lain tidak boleh berusan secara direct dengan blogger terbabit.

Dan dijanjikan sebarang projek atau pengiklanan untuk blog mereka akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat/agensi berkenaan.

Maka blogger terbabit hanya duduk layan blog dan tunggu projek masuk (itu pun jika ada projek masuk).

Turut dijanjikan juga sedikit komisyen jika memperkenalkan prospek yang berminat untuk mengiklan kepada syarikat/agensi tersebut.

Bunyi macam masyuk je kan.

Blogger Switch for XTRA Road Challenge

Perjanjian Tidak Seperti Yang Diharapkan

Apa yang ada dalam syarat perjanjian yang ditandatangani cukup bagus dan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Cuma kadangkala ianya tidak seperti yang kita harapkan.

Mungkin selama ini, blogger tersebut boleh dapat 5-10 projek sebulan dengan pendapatan yang agak lumayan. Semakin berkurangan kepada 1-2 projek sebulan, tetapi pendapatannya lebih lumayan dari sebelumnya atas alasan anda adalah “Blogger Premium”.

Blogger Premium yang dimaksudkan disini adalah Blogger yang hanya memilih projek yang bersesuaian dengan blog dan pengikut mereka bertepatan dengan jumlah charge yang dikenakan.

The Influencer - Top Malaysia Bloggers

Wah…!!

Bunyi macam gempak je kan.

Tapi lain jadinya bila awal-awal sahaja ada projek masuk. Kemudian senyap tanpa ada apa-apa perkembangan.

Projek yang masuk pula tak beberapa nak masyuk. Kenapa jadi macam ini?

Kembali kepada pihak syarikat/agensi berkenaan. Ingat senang ke nak jual produk (yakni blogger yang berpengaruh) kepada Klient.

Ada klient yang mempunyai bajet terhad, dan ada pula blogger yang tidak memenuhi kriteria yang mereka inginkan (Korang ingat, semua orang nak mengiklan dengan blog korang ke kalau tak dapat penuhi kateria dorang).

Contohnya.

Tak kan la Syarikat susu bayi nak mengiklan dekat blog anak dara hingusan. Baik mereka mengiklan di blog yang pemilik dan pembacanya dari golongan orang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Tak kan pula syarikat produk kecantikan wanita nak mengiklan di blog lelaki atau Abg Sado.

Begitu juga dengan syarikat atau agensi-agensi islamik. Tak kan mereka nak mengiklan di blog gosip dan dipenuhi dengan keyword-keyword lucah.

Mereka pun ada otak pemikiran untuk berfikir mana yang terbaik untuk produk dan nama baik syarikat mereka.

Blogger Talent, Blogger Kesayangan Mereka

Blogger James Bond Skyfall

Kebanyakan syarikat/agensi berkenaan bukan berurusan atau ada perjanjian dengan anda sorang sahaja. Dibawah mereka pasti ada berpuluh atau beratus blogger yang sign contract dengan mereka (blogger talent).

Bergantung pula sama ada klient berminat atau tidak untuk memilih anda dari kalangan blogger yang dicadangkan oleh syarikat/agensi tersebut.

Paling terus sekali, bila……

Syarikat atau agensi tidak mampu bersaing dengan lawan mereka dan keadaan semasa yang tidak memihak kepada mereka membuatkan mereka agak sukar memberikan yang terbaik buat anda.

Mungkin itu punca beberapa syarikat yang bungkus dan tutup bisnes.

Syarikat/Agensi Turup, Bayaran Lebur

Sepanjang Bro berblog dari tahun 2006 hingga sekarang. Ada banyak syarikat yang cuba bekerjasama dengan Bro. Ada yang masih wujud dan ada yang terkubur tanpa sempat buat pembayaran kepada Bro.

Pada siapakah Bro patut merayu.

Dan perkara ini bukan Bro sorang sahaja yang terasa, ramai juga yang pernah terlibat dalam konflik seperti ini.

Rakan Blogger Petronas KLCC

Teringat lagi beberapa tahun sudah.

Ada satu syarikat dari luar negara cuba menjalinkan kerjasama dengan Bro, sampaikan Big Bos mereka sudi buat temujanji untuk berjumpa dengan Bro.

Malangnya ia tidak seperti apa yang dijanjikan.

Cuma nasib Bro bertuah sebab tidak sign contract dan juga tidak sudi mengambil projek dari mereka jika syarat yang Bro tetapkan tidak dapat mereka patuhi.

Tetapi bagaimana dengan nasib blogger lain?

Ada yang hampir setahun, tidak mendapat sebarang bayaran seperti yang dijanjikan. Adakah kami ini golongan yang buat kerja, tapi tak dapat upah?

Bicara Bro : Harap hutang tahun lepas yang mencecah 5 angka dapat ditunaikan seperti yang dijanjikan pada awal tahun ini.