17,149,281 total views, 585 views today

#ChillaxWithNestle! Bersama Rakan Blogger

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

#ChillaxWithNestle!
Baru-baru ini dapat jemputan untuk menghadiri #ChillaxWithNestle! bersama rakan blogger di Ben’s Restaurant, Bangsar Shopping Centre.

Majlis ini bertujuan untuk mendekatkan Blogger dengan pihak Nestle yang ingin mendekati dan berkenalan dengan blogger yang akan bekerjasama pada tahun 2015 nanti.

Rasanya Bro tak pernah berkerjasama dengan mereka sebelum ini.

Kecuali untuk produk mereka yang tertentu sahaja. Harap tahun 2015 ini, ada projek berterusan antara Bro Framestone dengan pihak Nestle.

#ChillaxWithNestle!

Ini Bro kenalkan Shah (orang kuat yang jaga Bro selama ini)

Dia tengah perkenalkan Bro pada klient, “Ini Bro Framestone, blogger retis… Tetapi hari ini, kami ada bawa blogger lagi retis. Izzue Islam nama dia”

Cetttt…!!!

#ChillaxWithNestle!

Antara rakan blogger yang hadir (ada tak yang korang kenal? Selain si Izzue Islam itu)

Yang Bro perasan,

Ini meja semuanya blogger yang “bujang sekejab pada malam itu”.

Ada lagi satu meja lagi semuanya blogger bujang dan mak-mak blogger. Dan ada satu lagi bahagian, blogger yang dah berkeluarga (datang bawa family).

#ChillaxWithNestle!

Ini pula, memuka blogger tengah menanti ucapan dari wakil Nestle.

Kenapa Gua dengan Kak Red Mummy je yang pandang kamera he…23x Adakah kami pantang nampak kamera?

Oh Tidakkkkkk….!!!

#ChillaxWithNestle!

Lama rasanya tak sembang dengan rakan blogger Aku Biomed.

Bro rasa, dia mungkin top komentor dekat blog broframestone.com bagi tahun ini (tahun lepas pun dia antara yang top juga). Setiap entry di blog Bro tidak pernah dia miss dari meninggalkan komen, walaupun seketul.

Tidak lupa juga kepada rakan blogger Yana Yassin yang masih lagi berpantang.

Pantang nampak makanan he…23x

#ChillaxWithNestle!

Cantik gambar ini.

Pandai cameraman ambil gambar Baby Fisha yang tengah beraksi. Mesti Bro tak perasan tangan Fisha tengah pegang makanan.

Tak kisah la, Sebab Baby Fisha memang dah pandai suap makanan sendiri.

#ChillaxWithNestle!

Setiap blogger yang hadir akan menerima KitKat Rubies

Apakah KitKat Rubies ini? Nanti Bro akan ceritakan di entry akan datang. Nantikan ianya berada dipasaran tidak lama lagi.

Memang menarik jika anda ingin jadikan ianya sebagai hadiah kerana ianya memang dipack untuk tujuan itu. So, kalau anda ingin hadiahkan sesuatu kepada insan istimewa, Bro cadangkan anda pilih KitKat Rubies.

#ChillaxWithNestle!

Sebelum pulang,

Kami dikehendaki menyertai #MILOrelay yang sedang berlangsung sekarang ini. Tak susah pun nak join, hanya perlu buat video dan hantar penyertaan anda untuk menyertainya.

Bagi blogger retis, maybe tiada masalah untuk beraksi depan kamera.

Tetapi tidak bagi Bro he…23x pantang nampak kamera, cakap entah apa-apa entah. Selamat tak perlu repeat banyak-banyak kali.

#ChillaxWithNestle!

Gambar beramai-ramai sebelum pulang.

Thank kepada rakan-rakan blogger yang sudi bertegur sapa dengan Bro dan melayan kereneh Baby Fisha he….23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “#ChillaxWithNestle! Bersama Rakan Blogger

  1. bro ada tulis pasal Izue Islam kat atas..tapi tak nampak pun gambar dia..hahahaha

    1. Bro sedaya upaya untuk tidak menampakkan gambar dia…. he..23x cukup la bahan dia dekat facebook je

  2. Dekat mana ye saya pernah baca tentang kitkat rubies ni?.. Dah lupalah pulak…

    Ok.. sekarang dah ingat. . Dekat blog eyriqazz. ..

    1. Dorang dah update awal-awal.. Bro je yang slow sikit update pasal ini.

  3. Blogger retis, mana boleh kalau tak tengok kamera…

    1. Gua tak sengaja tertengok kamera la

  4. meriahnya bro.. baby fisha tangan dia nak menjamah hidangan.. cute..

    1. Terima kasih, tue la… cantik gambar tue

  5. ambooii.. meriahnya ^_^ suka tengok gambar fisha tue. comel.

  6. Macam-macam kejutan dari Ogilvy dan Nestle. Pertemuan yang paling best.

  7. ramai betul blogger yang join ek..

  8. Wahhh bro…. ramai juga ya blogger join^^ Haaa KitKat Rubies deno dah rasa… Best! Kejap je habis…. Heee … Untung jugak kakak2 keje nestle, abang ipar keje nestle.. weeee….

    1. Untung la…. Bro tak makan2 lagi nie

  9. hehe…bro pantang nampak kamera ni…nampak sangat…kih3

  10. Bila akan kat pasaran Kit Kat Rubies tu bro ?

  11. Baby Fisha curi2 songlap makanan.. Haha! Cute! ^__^
    RosmizaAliDotCom™

Leave a Comment