You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Isu Selfie Dengan Blogger Perempuan

17,287,319 total views, 2,990 views today

Isu Selfie Dengan Blogger Perempuan

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia
Tak sangka, benda seperti ini menjadi isu.

Salah ke, jika Bro asik selfie dengan blogger perempuan sahaja? Kenapa dengan blogger lelaki, Bro tak de nak selfie sama?

Sebelum perkara ini jadi lebih melarat, ada baiknya jika korang kaji balik – Kenapa Bro suka selfie dengan blogger perempuan. Harap entry ini dapat menjernihkan suasana dan membersihkan nama Bro.

Secara tak langsung. Entry ini jadi “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 41″

Bukti Bro Suka Selfie Dengan Blogger Perempuan

Bro try Google dan menjumpai beberapa gambar yang mampu menjadi bukti @ evidence yang kuat menyokong dakwaan yang dilemparkan kepada Bro.

Maka Bro kongsikan beberapa sebagai bukti gambar ini memang merupakan gambar Bro. Bukan gambar yang diedit, ataupun gambar seseorang yang mukanya persis atau sebijik dengan muka Bro.

Selfie Suami Isteri Keluarga Merah

Bertema Merah bersama Redmummy Blogilvy

Code Factory Jaya Shopping Centre

Courts Malaysia Blogger ID Workshop

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

Kenapa Suka Selfie

Persoalan pertama – Kenapa suka selfie?

Bro start selfie sebab terpengaruh dengan sifu Uncle Gedek. Perkara ini tidak dapat dinafikan.

Kenapa Bro suka selfie?

Sebab Bro susah sikit nak percaya orang lain, terutama bab nak ambil gambar Bro sendiri.

Kecualilah kalau yang ambil gambar itu, photographer berpengalaman dan guna DSLR. Kalau takat pakai kamera bertelefon dengan tangan dok bergegar-gegar. Hp cangih macam mana pun, belum tentu dapat menghasilkan gambar yang menarik.

Jika Bro selfie,

If gambar tak jadi, Bro tak boleh nak salahkan sesiapa, kecuali salahkan diri sendiri he…23x

Kenapa Suka Selfie Dengan Blogger Perempuan

UiTM Puncak Alam - Event Management Student

Persoalan kedua – Kenapa suka selfie dengan blogger perempuan?

Part ini, agak susah juga nak cakap secara berlapik. Tapi elok juga jika Bro luahkan disini, dan harap mampu menjelaskan persoalan yang diajukan kepada Bro.

Kalau boleh, cerita sini habis sini je la ek.

Jangan dibawa cerita bukan-bukan pula. Seelok-eloknya bersihkan la nama Bro nie ek.

Sebenarnya, terus terang Bro cakap. Tak ramai member yang sudi tolong ambil gambar Bro bersama dengan blogger perempuan. Lagi-lagi yang comel-comel dan single mingle (yang belum jadi isteri orang).

Nak tunggu dorang ajak bergambar, mesti dorang cakap “segan la” “malu la” “takut la” etc

Then, kalau bro mintak kawan ambilkan gambar, risau mereka pula jeles, dan perdajal gambar Bro itu tadi he…23x

Harap jawapan Bro ini mampu memuaskan hati semua pihak, terutama yang ada masalah dengan Bro.

Tak gitu saudara Fazrol Amer

Blogger Putery Memory

Orang Ketiga

Harap, tomahan yang ditujukan oleh saudara Fazrol Amer boleh ditarik balik ataupun pihak Fazrol Amer boleh buat entry susulan memohon maaf atas fitnah yang dilontarkan. Termasuk berkelakuan baik selama setahun dengan pemilik blog broframestone.com

Paling penting, kena kipas dia selalu he…23x

Bukti Bro Juga Suka Selfie Dengan Lelaki

Tadi Bro dah kongsikan beberapa bukti “Bro suka selfie dengan blogger perempuan”

Disini, Bro kongsikan beberapa selfie Bro dengan blogger lelaki sebagai bukti yang boleh menyangkal dakwaan yang dilontarkan kepada Bro di blog beliau.

Featival Danau Toba - Toba Lake Festival 2014

Showcase Karmal - Laundry Bar, The Curve

Berbuka Puasa The Garden Hotel & Residences

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan

Bersama Aiman Azlan

Sifu Selfie - Uncle Gedek

Ini sifu gua – Uncle Gedek

Selfie Bersama Fazrol Amer

Kalau ikutkan, Bro memang pernah selfie dengan dia. Dia je yang tak ingat kot.

Ke nak pancing Bro ajak selfie dengan dia bila jumpa next time?

Courts Megastore Sri Damansara Hari Raya Sale

Nah gambar sekeping lu selfie dengan gua.

Seperti gua bagitau tadi, cerita sini habis sini ek. Jangan ada pula sesiapa memanjangkan isu ini. Risau ramai pula blogger lelaki nak berselfie dengan Bro he…23x

Ok chow…!!!

Ini blog si Fazrol Amer Jemput terjah bagi blog dia down he…23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

37 thoughts on “Isu Selfie Dengan Blogger Perempuan

  1. Pergh!!! isu camtu leh buat satu entry.. Hebat laa Bro Framestone.. itu yg gua kagum tue..

    Lepas nie boleh laaa selfie ngan bro.. dah ada jawapan.. kalau tak, segan… ha ha ha..

  2. lom kahwin, gua tak kesah.

    tapi kalau dah kahwin..

    gua memang takkan ambil gambar berdua. at least 3 orang kalau lagi 2 orang tu perempuan.

    ada hati yang perlu dijaga.

Leave a Reply

Top