May 2, 2024

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa
Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan filem kedua terbitan Mangkin Prestij selepas Filem Ia Wujud tempoh hari.

Ia merupakan filem bergenre komedi seram arahan pengarah berbakat Hashim Rejab dengan menampilkan kumpulan Bocey sebagai peneraju utama.

Menurut pengarahnya,

Penampilan pelawak-pelawak baru dalam filem komedi seram pertama arahannya ini, kerana percaya dengan kemampuan bakat-bakat baru ini dalam menjayakan Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Dengan permintaan yang tinggi terhadap filem bergenre seperti ini,

Penghasilan filem pada masa kini tidak dinafikan perlu diukur terhadap permintaan penonton kerana penonton yang menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan serta penerimaan sesebuah karya itu.

Ia menampilkan trio kumpulan Bocey yang terdiri daripada Abam, Acey dan Fad selain turut dibarisi Yassin SYJ dan juga Epy Kodiang.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia pada 14 Ogos ini.

Sinopsis Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Ianya mengisahkan tentang kehidupan 3 orang sahabat baik – Rudy, Akhiruddin dan Remy mengharungi zaman bujang hidup bersama di rumah sewa.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Rudy (Achey) berkerja sebagai pelakon tambahan dan sering membawa watak sebagai hantu dalam setiap filem yang beliau ceburi.

Akibat nak jimatkan duit, beliau jarang mencuci make-up untuk mamastikan gaji beliau tidak dipotong untuk kos make-up oleh produksi filem. Part ini memang lawak.

Akhiruddin (Abam), seorang yang pekerja di stesen minyak.

Seorang yang kuat makan tetapi dalam ramai-ramai. Dia sorang sahaja yang nampak macam berduit. Asik kena pow memanjang.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Akhir sekali Remy (Fad), seorang pengilap kasut profesional di kaki lima kota raya Kuala Lumpur.

Kehidupan bujang mereka lebih kurang sama macam kebanyakan orang bujang yang hidup menyewa. Awal bulan masyuk, hujung bulan memasing ikat perut.

Bila ada duit, mula tak ingat dunia. Bila tiada duit, serdak biskus pun jadi la. Akibat cara hidup mereka bertiga begitu menyebabkan sewa bulanan mereka tertunggak 3 bulan.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Ini menyebabkan tuan rumah, Pakcik Osman (Yassin SYJ) ingin mereka menyewa dengan anak saudaranya yang merupakan mat rempit, Saipol (Epy Kodiang) bagi mencover kos beliau untuk menunaikan haji tidak lama lagi.

Sehinggakan pada satu malam.

Saipol memenangi lumba haram dan membawa sejumlah wang yang banyak hasil kemenangan beliau balik.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Malangnya Saipol terkejut lalu mati bila ternampak pocong sewaktu pulang ke rumah. Sedangkan ianya adalah Ruby yang baru pulang dari shooting filem.

Ini menyebabkan ketiga-tiga mereka panik.

1st sebab kematian mengejut si Saipol, 2nd sebab melihat sejumlah wang yang banyak. Rambang mata sat.

Akibat panik, pelbagai perkara telah berlaku untuk memastikan Saipol masih hidup dalam masa yang sama nak merahsiakan kematian Saipol dari pengetahuan Pakcik Osman.

Keadaan diluar kawalan bila mereka dapati Saipol hidup semula.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Saipol hidup semula untuk menuntut wangnya kembali?

Segala-galanya akan terjawab dalam filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dipawagam bermila 14 Ogos 2014

Trailer Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Review Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dari Bro Framestone

Walaupun ini kali pertama Hashim Rejab menghasilkan filem komedi seram. Hasilnya tidak mengecewakan dengan penampilan Kumpulan Bocey sebagai peneraju utama.

Jalan cerita disusun rapi dengan sedikit element humor yang mampu buat anda ketawa secara berjemaah dalam panggung. Dimana setiap babak yang dipaparkan ada punchline untuk membuat anda ketawa.

Ada sesetengah lawak fresh dan bukannya lawak yang sedia ada mampu memberikan kelainan kepada anda yang menonton.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Anda sendiri sedia maklum dengan kemampuan dan keupayaan Kumpulan Bocey sehingga dinorbatkan tempat ketiga dalam Maharaja Lawak Mega 2013.

Lawak yang bersahaja, simple tetapi menghiburkan tetapi diselitkan dengan element yang kita sendiri tidak terfikir sebelum ini.

Mungkin cerita seperti ini yang perlu anda tonton walaupun tidak menampilkan pelakon pelawak yang dikenali, kualiti lawaknya tidak mengecewakan.

Pelawak popular belum tentu mampu menghasilkan lawak yang segar. Kadangkala lawak kitar semula atau dengan kata lain adalah “basi”

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

    1. Pratontin pun boley.. Akakaka!
      Semangat bro walaupun sesat larat ntah ke mana2.. Siap tawaf sampai ke bangunan kidz kebende ntah belah sana nun.. Hahaha!

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *