You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Ceramah Mengenai Pemasaran Pada Abad Ke-21 di UiTM Puncak Alam

Ceramah Mengenai Pemasaran Pada Abad Ke-21 di UiTM Puncak Alam

Talk di UiTM Puncak Alam
Baru-baru ini, Bro ada dijemput untuk bagi talk mengenai pemasaran pada abad ke-21 di UiTM Puncak Alam, digandingkan bersama dengan Aiman Azlan.

Agak berat juga tajuk yang diberikan kepada Bro. Terutama perlu berkongsi pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman sendiri kepada pelajar BBA disini.

Kebanyakan persoalan yang diajukan berkenaan dengan pemasaran tradisional dengan pemasaran melalui sosial media.

Adakah pemasaran melalui sosial media mampu memberi kesan kepada penjenamaan, penjualan dan keuntungan.

Adakah pemasaran tradisional masih mampu memberi impak atau ianya tidak diperlukan lagi.

Korang rasa?

Aiman Azlan Bro Framestone UiTM Puncak Alam
Digandingkan bersama dengan Aiman Azlan.

Yang Bro percaya ramai yang mengenali beliau. Bagusnya tentang dia, dia banyak bertanyakan pendapat Bro mengenai sesuatu perkara yang beliau kurang yakin sebelum sesi kami bermula.

Muda lagi orangnya.

Malangnya sudah berkahwin dan menyebabkan ramai awek di UiTM Puncak Alam kecewa sekejab.

Input yang disampaikan beliau juga bernas dan mantap penuh dengan isi yang mampu membuka mata dan pemikiran Bro seketika. Jika diberi kesempatan untuk duduk lama dengan dia, pasti banyak benda yang mampu Bro pelajari dari dia.

Walaupun dia muda lagi, tak salah berkongsi pendapat dan padangan dari dia.

Talk di UiTM Puncak Alam
Cenderamata dari pihak UiTM merangkap kepada penasihat program yang dilaksanakan oleh pelajar yang mengambil course Event Management.

Dan ini pula,

Gambar bersama pelajar merangkap orang-orang kuat yang menjayakan majlis tempoh hari.

UiTM Puncak Alam -  Event Management Student
Lebih bunga dari kumbang. Tetapi mereka mampu berkerjasama menjayakannya.

Talk di UiTM Puncak Alam

Talk di UiTM Puncak Alam

UiTM Puncak Alam - Event Management Student

UiTM Puncak Alam - Event Management Student
Diharap dilain masa masih berpeluang berkongsi pendapat dan pandangan seperti ini.

Dengar cerita ada student UNIMAP nak jemput bagi talk dekat tempat mereka. Untuk semester hadapan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Ceramah Mengenai Pemasaran Pada Abad Ke-21 di UiTM Puncak Alam

Leave a Reply

Top