You are here
Home > Gathering Geng Blogger > Rezeki #SBB2014 – Hidup Untuk Memberi

Rezeki #SBB2014 – Hidup Untuk Memberi

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger
Bro lupa,

Hari itu macam pernah terbaca salah satu artikel di blog mengenai #SBB2014 dikatakan lubuk rezeki para blogger yang menyertainya.

Mungkin ada kebenarannya jika kita pandang pada sudut positif dan jangan fikir negatif pasal kenyataan yang dipaparkan dalam artikel tersebut.

Bagi Bro,

Ianya tetap merupakan pintu rezeki kepada rakan-rakan blogger yang mula bertapak dan menyertai Majlis Sepetang Bersama Blogger buat kali ke-3 penganjurannya. Ikut tagline Denaihati – Hidup Untuk Memberi.

Rezeki Suami Isteri

Bro tiada meletakan harapan untuk memenangi hadiah dari cabutan bertuah yang merupakan gadget terkini. Bagi Bro, biarlah orang lain yang merasainya. Contoh terbaik adalah Saudara Fazrol yang melepaskan iPad Mini yang dimenanginya he..23x

Bro hanya tumpukan kepada kontest yang dianjurkan oleh pihak penganjur mahupun penaja. Tak kisah pun kembung perut minum air atas pentas siap orang nampak perut Bro yang menyerlah asalkan majlis ini meriah dengan blogger2 yang sporting.

Mana boleh bagi Hazman Fadzil – Food Blogger Malaysia menang mudah kan.

Ini antara rezeki kami suami isteri (tidak termasuk Goodies bag Yeos yang penuh bawah meja kami perolehi he..23x)

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

Kisah Rakan Blogger #SBB2014

Dimajlis ini dapat Bro temui rakan blogger yang mungkin senang dijumpai di dunia maya tetapi didunia realiti susah benar nak berjumpa. Lagi-lagi yang tinggal jauh dari Ibu kota.

Sehari sebelum majlis.

Terbaca beberapa status dari mereka yang bergerak dari tempat mereka menaiki keretapi, bas dan juga kapal terbang. Belum lagi yang menumpang kawan-kawan.

Ada yang sanggup mencari homestay, hotel untuk backpacker (sebut hotel bajet korang fikir lain), menumpang rumah saudara-mara mahupun kenalan (ada yang tumpang rumah kenalan blogger juga kot).

Bro sendiri gerak dari Perak dengan puan isteri dan anak kesayangan.

Singgah kejab di Rawang, sebab nak tukar pakaian.

Kemudian tumpangkan seorang blogger yang teringin menyertai majlis ini. Tak salah menolong asalkan manfaat dari majlis #SBB2014 dapat dikongsikan bersama.

Rezeki Rakan-Rakan Blogger Juga.

Walaupun mereka tidak memenangi iPhone 5s mahupun iPhone 5c (Gold Edition) Mana yang sempat bro abadikan dalam lensa handphone Bro, tetap akan Bro kongsikan di blog ini.

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger

Tahun ini rezeki mereka.

Mana tahu akan datang masih rezeki mereka mahupun korang. Insya’lah penganjur sendiri bercadang nak buat #SBB2015 dan ada yang mencadangkan lokasi buat di Stadium (besar bajet tue).

Paling menarik, ada juga yang datang #SBB2014 sebab nak cari calon suami/isteri.

Heppp…!!!

Jangan dikaco calon-calon Bro juga he…23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

27 thoughts on “Rezeki #SBB2014 – Hidup Untuk Memberi

  1. Tahniah.. kepada rakan-rakan blogger Yang berjaya mendapat rezeki ketika menghadiri SBB2014… bagi yang tak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun depan…

  2. rezeki masing2 dan semua tu ketentuan Allah. cam aku pun ikutkan tak pernah terfikir pun nak dapat apa2 kat SBB2014 sbb niat datang untuk lakukan kerja je. ikutkan tak sempat nak beramah mesra dgn blogger2 lain. tapi itulah… rezeki 2014 terpapar gak nama aku kat screen πŸ™‚

Leave a Reply

Top