You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Mr. Mama – Suami Ganti Tugas Isteri

Mr. Mama – Suami Ganti Tugas Isteri

Mr. Mama - Jaga Fisha
Siapa kata, gua tak boleh jadi Mr. Mama.

Jangan ingat, Bro as suami tidak boleh ganti tugas isteri. Setakat masak tue, dari kecik lagi dah biasa masak.

Cuma part jaga anak je tak pernah lagi dari kecik.

Pernah la ada pengalaman jaga anak orang. Setakat mandikan, tukar pampers bagi makan xde hal punya.

Tapi, kata orang.. jaga anak sendiri tak sama macam jaga anak sendiri. Feelnya berbeza sangat – Bro sendiri pun susah nak gambarkan beza macam mana perasaannya.

Hari ini, merupakan hari pertama Puan Isteri masuk kerja selepas habis cuti bersalin. Hari pertama dengan shif sebelah pagi.

Maka seawal 4 pagi, dia bangun untuk pam susu dan bersiap pergi kerja pada pukul 5 pagi. Sebab gerak dari Perak.

Bro pula?

Selewat pukul 3 pagi baru dapat lelap, sebab Fisha buat perangai. Tak pernah-pernah dia buat perangai macam nie. Kul 12 malam, time orang nak tidur, boleh pula dia ajak bersembang dan main.

Adeh…!!!

Pagi tadi, sempat mandikan Fisha… Adeh, dah pandai buat kuak lentang + renang berirama sewaktu mandi. Macam mana daddy nak mandikan budak 3 bulan nie. Tak reti nak duduk diam.

Pukul 12 tengahari, dah 4-5x tukar pampers. Selamat daddy suka beli pampers, tapi jangan la cepat habiskan he…23x Sian daddy cari duit.

Gua baru plan, tak nak tayang ilmu gua. Tapi terpaksa. Mesti wife gua dah plan nak guna pakai ilmu yang gua ada untuk take over kerja dia He..23x (sekali sekala xpe, jangan selalu)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Mr. Mama – Suami Ganti Tugas Isteri

Leave a Reply

Top