You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Highland Tower – Pengalaman Sebenar Pelakon Dikongsikan Dalam Filem Seram

17,313,396 total views, 2,612 views today

Highland Tower – Pengalaman Sebenar Pelakon Dikongsikan Dalam Filem Seram

Krew Filem Highland Tower

Filem Highland Tower menampilkan konsep “found footage” yang mampu membuat anda merasai pengalaman sebenar pelakon yang menemui entiti yang mampu meremangkan bulu roma anda.

Dengan sedkit sentuhan dari Pierre Andre terhadap footage yang dirakam dan disusun menjadikan satu naskah seram bagi mereka yang selama ini tidak mempercayai kewujudan makhluk halus ini.

Tahniah juga kepada MiG dimana berjaya mengumpul RM1 juta dalam tempoh 4 hari tayangan.

Pada asalnya, ia merupakan projek dokumentari yang diterajui oleh Mikail Andre dan Niezam Zaidi yang berminat mengkaji tentang entiti ini.

Disebabkan minat mereka yang mendalam dan juga faktor kegagalan sebelum ini membuatkan mereka bercadang untuk mencubanya sendiri di lokasi sebenar Highland Tower. Lokasi yang pernah berlakunya kisah tragis pada tahun 1993.

Untuk merealisasikan impian, mereka berdua telah propose proposal kepada pihak MiG untuk mendapatkan sedikit dana, peralatan dan tenaga kerja untuk menjalankan pengambaran dokumentari ini.

Highland Tower Mikail Andre

Antara krew yang terlibat :-

  1. Eddy Rauf
  2. Atikah Suhaime
  3. Shima Anuar
  4. Adibah Yunus
  5. Zairi Zainal

Filem ini telah ditayangkan dipawagam anda mulai 31 Oktober ini.

Sinopsis Filem Highland Tower.

Kisah bermula mengenai Mikail dan Nizam yang mempunyai idea untuk membuat short dokumentari di sebuah lokasi seram iaitu Highland Tower.

Pada malam pertama di lokasi, krew ini telah ditimpa kejadian aneh. Dimana :-

  • Ternampak kelibat bayang lalu di depan kamera mereka
  • Bunyi bingit sewaktu buat sound recording.
  • Lighting (lampu kamera) tiba-tiba terpadam (bukan masalah bateri)
  • Sewaktu blackout beberapa saat, Shima Anuar (pengacara rancangan) hilang dari depan kamera dan berada di luar bilik.
  • Based (lokasi pertemuan/tempat letak barang) mereka berselerak. Kerusi disusun dalam kedudukan aneh.
  • Rakan yang menunggu di Based hilang. Sedangkan mereka sepanjang masa lepak di Based.
  • Shima Anuar berkelakuan aneh.
  • Atikah dirasuk meracau-racau dan berlari keluar bangunan.

Keadaan tidak terkawal menyebabkan krew terpaksa meninggalkan lokasi dan berjumpa dengan seorang ustaz untuk berubat.

Shima Anuar Atiqah Kena Rasuk Highland Tower

Malangnya, Shima Anuar yang mereka bawa bukannya rakan yang mereka kenali. Tetapi mereka terbawa benda lain yang menumpang dalam tubuh Shima.

Maka krew dan ustaz kembali ke lokasi kejadian untuk mendapatkan semua Shima Anuar yang sebenar dan memulangkan semula benda ke tempat asalnya.

Gambar Babak Filem Highland Tower

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Highland Tower – Pengalaman Sebenar Pelakon Dikongsikan Dalam Filem Seram

  1. FYI dengar kabar dari kawan my husband beberapa orang gadis di Melaka telah menonton cerita ini di pawagam dan terkena sampok sehingga kini…baru dapat tahu semalam ada yang sedang berubat dan baik…ada yang masih belum pulih sepenuhnya…dorang cakap hantu ini menonton sekali dengan penonton. Kalau kanak2 dan yang lemah semangat dilarang sama sekali menonton cerita seram ini….semoga dorang segera sembuh…..

  2. Saye tgok kat astro first jer sbb x de kawan nak tgok kat pawagam.. best gak ler movienih tp x seram sgt cuma mgejutkn bnyk jgak.. first tgok d tv abg sye pun ikut tgok..kakak dah lama lari kebilik..

    Lpas tgok mmg sye x rasa seram sgt le..but experience dorg menarik.. tp lpas nih bgs preparebtl2 kot2 ada yg kene rasuk lg..x susah cari pgubat jauh2..

    Tp cerita kwn saya lg seram.. dia.pernah masuk ke ht utk temankan sorg lg kwn sbb ada kerja kat sana. Kwn saya ni dia biasa dgn bnda2 mcm ni dan dia ada jgak blajar mgubat org.. so bagi dia nampak tu perkara biasa.. dorg kene bt kerja atas tower tu..

    So mmg ada le bbrapa gangguan tp buat x tau je. Smpi la dorg nmpk ada benda terbang2 atas dorg..kwn yg satu lg dah mula pucat. Slps tu bnyk lg blaku. Cnthnya baby & prmpuan menangis..bunyi pagar besi tangga kena pukul.. bunyi org mengerang kesakitan.. ish seram la..

    Bila kwn aku tgk kwn dia sorg tu dah x dpt lg btahan..trpksa jgk dorg brhenti dan turun..dlm perjalanan kwn aku ni mmg nmpk lembga putih..prmpuan dgn baby kat tangga dorg lalu..

    Kwn dia plak sikit lg nak pitam & sakit dada..kwn aku ckp kwn dia ni nak kena rasuk dah. Nasib sebelum turun dia baca ayat2 yg dia belajar kat kwn dia nih dan dia bkomunikasi dgn org sana utk bagi laluan. Alhmdulillah dorg dpt kluar dgn selamat.

    Slps kjadian tu kerja kat atas bgunan ht tu x siap2.. klu tgk atas ada satu site antena radio tp skrg x bfungsi lg. Company empunya antena tu dah cari org lain utk siapkan tp x ada pun yg nak ke sana. So dorg bt la yg baru x jauh dr ht.

  3. Pada mulanya saya tidak tahu pasal highland tower ni ada makhluk halus hinggalah terbitnya filem tentang Highland Tower. Hmmm.. boleh tahan gak la seramnya. tapi tu baru tengok skit. Tiba-tiba….
    terajin plak nak research kat internet tentang highland tower ni. da banyak citer2 orang tentang higland tower ni. seram gak citer2 diorang tu.. Sampai nak tidopun tak bleh nk nyenyak sebab imaginasi terlampau kuat. hehe.. teruk kan…Ada gak sejarah higland tower blok 3 runtuh .. Kesian orang yang terkorban tu.
    Setelah buat research yang punyala lama .. macam excited sangat nak tau macam2 pasal HT tu…hehe… (Bosan agaknya tak tau ap nk buat )

    Kemudian sambung la tengok citer tu… tik tak tik tak tik tak…

    pergh… memang seram giler2 punya.. Tak tau la tu betul ke tak kan…tapi, menurut dalam disebalik tabir Pierre Andre tu, beliau kata tu memang benda betul .. Aku macam caya tak caya je citer dia.. Tapi, pasal footage2 ni kebiasaannya memang betul … Stail rakaman bukannya setting crew punya… memang live,real situation punya… hmmm yang rakam pun seorang crew punya..

    Beginilah, secara rumusannya, citer ni memang real n tk boleh dinafikan.. So, jangan memandai-mandai nak datang Highland Tower tu yek… bahaya.. Tengok citer ni pun kena hati2 gak kepada yang lemah semangat sebab kita yang tengok nipun hampir2 nak lemah semangat sampai nak tido kali nipun da rasa lain macam da… Alhamdulilllah nasib baik xde ap2 .. Imaginasi kuat sangat.. hehe ..

  4. Tak tengok lagi cite ni,mule2 mcm nk tgk tp ade org ckp tk brape best, jadi

    rase mls nk tengok la.

    Mende2 yg brlaku dlm ni nk caye tk, tk caye pon tk, tpi lbih kpd tk caye.

    Especially time diorang rakam hantu tu lari kat dlm bilik tu, nmpak mcm dibuat2.Bukan ape,sbb hantu tu nmpak obvious sgt dan nmpak solid sgt.Sedangkan Seekers kt ntv7 dari awal musim 1 smpai latest walaupon sye tgk kadang2 tpi rasenye tkde lagi dgr diorang dpt rakam footage se’real’ mcm tu.Paling nampak pon yg rakam nmpak mcm bayangan or asap putih or cahaya gitu je la.

    Ade beberapa perkara lagi yg boleh dipertikaikan mengenai filem ni yg dikatakan peristiwa sbenar yg dialami tp kru mase penggammbaran,tp cukup stakat ni je la dlu

    Btw, terpulang kpd penonton utk menilai sendiri.

  5. Sy baru menonton filem ini buat pertama kali d channel 404 (Boo).Mmg terbaik krna sy rasa pngalaman itu sehingga bulu roma sy meremang.Sy rasa sperti ada ‘benda’ yg mdekati sy ketika sy mnonton babak ustaz datang mgusir syaitan yg merasuk Atikah dan juga Shima.Sy jarang merasa seram apabila menonton filem2 melayu tp utk filem ini mmg sngt2 terbaik.Tahniah buat semua pelakon n krew2 terlibat.

Leave a Reply

Top