Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Microsoft Corporation Malaysia, menunjukkan bahawa 84% daripada kanak-kanak Malaysia pernah dibuli.
Statistik ini menyebabkan Monster High™ berkerjasama dengan Limkokwing University of Creative Technology mengunakan kreativiti menganjurkan pertandingan “Monster High™ & Limkokwing Against Bullying”.
Pertandingan ini akan memperlihatkan kreativiti pelajar Limkokwing University bersaing dalam menentang budaya buli melalui 4 kategori :-
- Lagu (max 3 minit)
- Video (max 3 minit)
- Poster / gambar (max saiz A3)
- T-shirt (max saiz t-shirt dan gambar A3)
Pemenang akan berpeluang berkerjasama dengan Monster High Malaysia 2014 PR Campaign.
Ianya terbuka kepada semua pelajar Cyberjaya Limkokwing. Penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang dihormati iaitu :-
- Kelly Yip, Brand Manager (Girls), Mattel South East Asia Pte. Ltd.
- Dato’ Tiffanee Marie Lim, Associate Vice President for Talent & Creativity Development, Limkokwing University of Creative Technology.
- Ian Yee, Editor of R.AGE and Initiator of R.AGE Against Bullying Campaign.
- Nadine Ann Thomas, former Miss Universe Malaysia
- Grace Sng, Award Winning Songwriter & Vocal Coach, stART Society.
Borang penyertaan boleh didapati di laman web Limkokwing dan pertandingan ini bermula pada 04 October hingga 04 November 2013.
Pemenang juga berpeluang untuk mendapat pendedahan dari media akhbar, media sosial, TV dan radio (Angaran nilai PR RM500,000).
Monster High™
Monster High berkisar tentang kehidupan di sekolah tinggi di mana raksasa remaja ini merupakan keturunan beberapa raksasa yang paling terkenal di dunia.
Dengan watak-watak seperti Frankie Stein ™, anak perempuan Frankenstein; Draculaura ™, anak perempuan Dracula; Clawdeen Wolf ™, anak perempuan Werewolves; Ghoulia Yelps ™, anak perempuan zombi; Lagoona Blue ™, anak perempuan Monster Laut, Cleo de NileTM , anak perempuan The Mummy; Deuce Gorgon, anak Medusa dan banyak lagi.
Ianya lebih menumpukan kepada kehidupan mereka di Monster High adalah jauh dari kehidupan orang biasa.
Untuk maklumat lanjut, video, mini permainan dan banyak lagi, sila layari www.monsterhigh.com
event nie orang luar boleh tengok ker Bro….?
Bro dijemput as media je :)
Hendak tengok hasil sentuhan kreativiti penuntut Universiti Limkokwing ini
Kalau bro dapat maklumat tentang karya yang menang, bro akan cuba kongsikan di blog ini…
Semoga usaha cyberjaya LimKokwing untuk memerangi gejala buli membuahkan hasil. .
Harapnya macam tue la.. Budaya buli ini makin berluasa tanpa kita ketahui. Paling teruk mangsa buli pun tak sedar bahawa mereka dibuli selama ini.
xsabar anak tengok video tu..bagaimana agaknya hasilnya nanti
Sama-sama kita nantikan ek :)