You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Asam Pedas Pak Zul – On The Table, Solaris Dutamas

17,283,946 total views, 2,428 views today

Asam Pedas Pak Zul – On The Table, Solaris Dutamas

Asam Pedas Pak Zul - On The Table
Memang nikmat jika dapat menikmati gulai asam pedas sewaktu berbuka puasa. Lagi nikmat jika dapat menghirup kuahnya hingga ke titisan terakhir.

Baru-baru ini, Bro pergi berbuka puasa di Restoran On The Table yang terletak di Publika, Solaris Dutamas. Jika lalu dihadapan Publika pasti nampak restoran ini.

Cuma jika nak cari jalan masuk, kena tanya receptionist. Kalau tidak, sure rasa macam pusing setempat.

Apa yang menariknya berbuka puasa disini?

20130718-124816.jpg
Semestinya gulai Asam Pedas Pak Zul, pada Bro antara gulai asam pedas paling sedap Bro pernah rasa. Mengunakan resepi sendiri berasaskan asam pedas Johor.

Memang licin kuahnya Bro hirup sewaktu berbuka.

Apa yang menariknya tentang Asam Pedas Pak Zul?

Beliau menggunakan ikan-ikan segar dan dimasak secara langsung didepan anda. Anda order, dia akan masakan khas untuk anda.

Komen dari seorang peminat gulai asam pedas (gambar diatas) – Tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa piownya rasa gulai asam pedas ini.

Kuahnya tidak terlalu cair dan terasa nikmatnya setiap kali menghirup kuahnya sewaktu makan. Ikan didalamnya juga dimasakan sempurna sehinggakan terasa kuah asam pedas ini meresap dalam ikan tersebut.

Untuk pengetahuan anda Chef Zul atau lebih dikenali sebagai Pak Zul merupakan pakcik saudara kepada Chef Elenna Mokhtar yang merupakan Pengurus Restoren On The Table.

Selain Asam Pedas Pak Zul, terdapat juga hidangan ala kampung untuk santapan warga kota yang tidak mempunyai masa untuk pulang berbuka puasa di kampung halaman.

Berbagai jenis ulam dan kerabu dihidangkan, belum lagi cencalok, budu dan tempoyak yang selalu menjadi signature hidangan masyarakat setempat.

Bagi anda yang ingin berbuka puasa disini, Bro sarankan anda buat tempahan awal terutama yang datang dalam kumpulan.

Harga promosi yang ditawarkan On The Table Restaurant untuk buffet ramadhan mereka adalah RM39.90 seorang.

  • Jika tempahan untuk 10 orang, akan dibenarkan membawa 11 orang dengan 1 orang tambahan tersebut tidak perlu membayar apa-apa.
  • Jika tempahan untuk 20 orang, akan dibenarkan membawa 22 orang dengan 2 orang tambahan tersebut tidak perlu membayar apa-apa
  • Jika tempahan untuk 30 orang, akan dibenarkan membawa 33 orang dengan 3 orang tersebut tidak perlu membayar apa-apa.

Apa salahnya jika kita berbuka beramai-ramai di On The Table Restaurant. Jika datang, jangan lepaskan peluang untuk menikmati gulai Asam Pedas Pak Zul.

On The Table Restaurant
A4-UG1-08 , Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur,
Malaysia

No Tel – +603 62079966
Facebook – https://www.facebook.com/onthetablerestaurant
Website – www.onthetable.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

26 thoughts on “Asam Pedas Pak Zul – On The Table, Solaris Dutamas

  1. Tentu best bila dapat tengok ikan segar yang di order di masak di depan mata… Pada ketika itu pasti rasa tak sabar nak makan.. ๐Ÿ˜‰

    1. Eh masa bro order tue belum masuk waktu berbuka.. Order, then jalan2 amik nasi ke lauk pauk ke air.. duduk kejab. nk dekat berbuka, pergi dekat tempat Pak Zul masak, amik asam pedas yang dah siap.. terus balik duduk tempat sendiri tunggu masuk waktu berbuka..

  2. memang tengah cari port asam pedas ni. stakat ni jumpa kat D’Santap setapak, blakang LRT setiawangsa, depan wangsa melawati. area lain tak terjah lagi cari.

Leave a Reply

Top