You are here
Home > Bersama BroFramestone > Iftar Bersama Blogger Di Restoran On The Table, Solaris Dutamas

Iftar Bersama Blogger Di Restoran On The Table, Solaris Dutamas


Ini merupakan iftar pertama Bro tahun ini bersama rakan blogger di Restoran On The Table, Solaris Dutamas.

Walaupun jemputan last minit, dapat juga Bro bawa isteri datang menemai Bro. Tak de la nampak sangat Bro tengah membujang.

Persekitaran yang selesa dan lapang, agak sesuai berbuka disini selepas seharian penat berpuasa + kerja (bukannya berpuasa + tidur)

Hidangan juadahnya juga amat menyelerakan. Siap ada kerabu dan ulam kampung lagi.
20130718-123441.jpg
Paling menarik, adalah signature dish – Asam Pedas Pak Zul yang disedikan oleh Chef Zul atau lebih dikenali sebagai Pak Zul.

Asam pedas ini dihidang panas buat tetamu. Tetapi perlu order dulu sebab ianya disediakan satu per satu. Pak Zul akan memasaknya dengan menggunakan ikan segar didepan anda.

Bagi Bro memang betul-betul menarik dan asam pedasnya memang sedap, kering kuahnya Bro hirup.

Apa kata kita berkenalan dengan blogger yang turut hadir beriftar bersama bro:-

  1. Ayuarjuna – tak tahu pula yang dia nie pensyarah.
  2. Iera Kan – seorang yang cantik, baik dan manja. Untunglah siapa dapat memperisterikan dia.
  3. Bro Framestone – seorang yang tak de la hensem sangat tapi penyayang. Untunglah siapa dapat bersuamikan dia. Ada lagi kekosongan he..23x
  4. Sohoque – blogger yang suka buat live update.
  5. MrJocko – tengah masyuk dengan beberapa idea gempak untuk blogger dan hari minggunya hanya untuk keluarganya.
  6. Boni Kacak – seorang keeker yang mempunyai lubang hidung yang sungguh kacak sehinggakan perlu dikorek bagi menutup kekacakannya di depan kamera.
  7. Ruby – nafsu makannya semakin menjadi-jadi bila tiba bulan puasa. Rupanya dia makan untuk 2 orang. Tahniah Ruby ๐Ÿ™‚

Harga promosi yang ditawarkan On The Table Restaurant untuk buffet ramadhan mereka adalah RM39.90 seorang.

  • Jika tempahan untuk 10 orang, akan dibenarkan membawa 11 orang dengan 1 orang tambahan tersebut tidak perlu membayar apa-apa.
  • Jika tempahan untuk 20 orang, akan dibenarkan membawa 22 orang dengan 2 orang tambahan tersebut tidak perlu membayar apa-apa
  • Jika tempahan untuk 30 orang, akan dibenarkan membawa 33 orang dengan 3 orang tersebut tidak perlu membayar apa-apa.

Apa salahnya jika kita berbuka beramai-ramai di On The Table Restaurant. Jika datang, jangan lepaskan peluang untuk menikmati gulai Asam Pedas Pak Zul.

On The Table Restaurant
A4-UG1-08 , Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur,
Malaysia

No Tel – +603 62079966
Facebook – https://www.facebook.com/onthetablerestaurant
Website – www.onthetable.com.my

Bergambar bersama chef dan pemilik Restoran On The Table.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Iftar Bersama Blogger Di Restoran On The Table, Solaris Dutamas

  1. Gulai Asam Pedas Pak Zul tu yang tak boleh tahan… Masuk kali ni dah berapa kali orang dok sebut Gulai Asam Pedas Pak Zul…Tentu sedap tak terkata.. Kalau ada kesempatan nanti Teringin nak rasa… ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Top