You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Denaihati – Hidupkan Untuk Memberi

17,413,294 total views, 1,689 views today

Denaihati – Hidupkan Untuk Memberi

Denaihati YanmieOnline

Denaihati

Nama yang selalu menjadi sebutan dan perbualan dalam dunia sosial sekarang.

Bukan kerana dia seorang blogger atau retis atau orang kenamaan. Tetapi, apa yang beliau telah sumbangkan yang mampu memberi kesan kepada dunia sosial masa kini.

Dari pertandingan SEO kepada Gajet impian.

Dari majlis gathering “Sepetang Bersama Blogger kepada Seminar Blogger”

Dari perkongsian ilmu kepada majlis ilmu

Dari tutorial blogging kepada projek mentor kepada blogger yang mula berjinak dengan Blog berplatform WordPress.

Dari perkenalan dikalangan blogger kepada perjalinan ukhwah.

Dan bagi Bro, tak ramai yang mampu menyumbangkan sebanyak ini dalam membangunkan kesedaran rakan-rakan sama ada di sosial media mahupun di alam nyata

Sama seperti yang dinyatakan dalam tagline blog Denaihati.com – Hidupkan Untuk Memberi.

Dari tagline ini juga, banyak perkara tentang Bro berubah dan mula disedari oleh rakan-rakan. Mungkin ini semua Bro pelajari dari diri beliau sendiri.

Pada Bro, tak guna jika kita popular atau terkenal, tetapi tidak mampu memberi kesan positif kepada pembaca blog mahupun rakan-rakan kita.

seminar-denaihati-april-2012

Blog Denaihati.

Bro tidak tahu nak komen atau beri pendapat yang bernas mengenai Blog Denaihati.com.

Yang Bro pasti, blog beliau merupakan tempat pertemuan informasi yang dikongsikan bersama untuk pembaca beliau sama ada dari Malaysia, Indonesia mahupun Brunei.

Dari blog beliau,

Ramai blogger dari luar negara dapat mengenali blogger-blogger di Malaysia begitu juga Vice Versa.

Walaupun blog beliau selalu (memang) di suspen oleh pihak Facebook. Ianya tidak sesekali mematahkan semangat pemilik dan rakan-rakannya dalam memastikan blog ini sentiasa hidup dengan informasi serta perkongsian dari rakan blogger untuk pembaca blog Denaihati.com

Seminar Buat Duit Dengan Blog

seminar-buat-duit-dengan-blog-denaihati

Untuk pengetahuan anda, Denaihati Network akan mengadakan Seminar Buat Duit Dengan Blog pada 19 Mei (Sabtu) di Hotel Singahsana, Petaling Jaya.

Dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 1.30 tengahari.

Yuran penyertaan

  • RM50 jika dibuat sebelum 5/5/2013.
  • RM100 selepas 5/5/2013.

Pendaftaran anda boleh buat di “Seminar Buat Duit Dengan Blog

Kalau ikut perancangan awal, sepatutnya ia akan berlangsung pada 4 Mei. Tetapi terpaksa di postpone untuk memberi laluan kepada rakan-rakan blogger yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (sebagai pengundi dan rakyat Malaysia yang prihatin).

Info lanjut mengenai seminar ini anda boleh dapat di sini.

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Denaihati – Hidupkan Untuk Memberi

  1. sememangnya banyak yang telah diberikan oleh Denaihati khususnya kepada blogger..bukan setakat memberi ilmu, malah insentif dan hadiah lumayan buat pemenang contest yang dianjurkan..terbaekk..

Leave a Reply

Top