You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Pertama Kali Membeli Tutti Frutti

17,444,280 total views, 3,491 views today

Pertama Kali Membeli Tutti Frutti

Ini merupakan kali pertama bro membeli Tutti Frutti.

Jangan sesiapa labelkan bro seorang yang ketinggalan zaman.

Sebab selama ini bukan bro yang belikan. Orang lain yang belikan. Selalunya pilih ikut taste dorang. Cuma kali ini pilih ikut taste bro sendiri.

Jangan ingat bro ini tiada citarasa yang tersendiri.

Cuma bro nak ingatkan,

Beli ikut kemampuan, jangan ikut nafsu. Risau timbang masa nak bayar, kena charge sampai RM30 semangkuk (siapa tahu kan).

Yang bro amik ini harga dalam 8 ringgit lebih. Pilihan ikut anak tekak dengan nawaitu nak merasa dan bukan nak melantak.

Walaupun masa bro beli, ada yang tarik muka. Nasib badan la kan.

Bicara Bro : Nak buat macam mana, dekat Tropicana City Mall mana ada Baskin Robbins. Itupun lepas tanya pekerja kedai Tutti Frutti.

Masih tak dapat pastikan dia menipu atau tidak.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Pertama Kali Membeli Tutti Frutti

    1. Masa cuti baru sempat nak merasa. Habis waktu kerja terus balik rumah. Lagipun Tutti Frutti tak ada dekat dengan tempat kerja. 🙂

Leave a Reply

Top