Ada sesiapa kenal dengan Karl Shafek.

Ala pengacara On Air dan juga salah seorang peserta rancangan MasterChef Selebriti baru-baru ini.

Kalau tak kenal, tak apa. Meh bro kenalkan pada korang ek.

Member bro nie, nak jemput anda dan pembaca blog bro untuk menonton pementasan Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka yang berlangsung dari 5-9 September 2012 ini pada pukul 8 malam.

Bro siap rakam lagi jemputan ini dari mulut beliau.

Bicara Bro : Kalau ikutkan dah lama bro tak jumpa dia. Last pun hujung tahun lepas. Selalu contact dekat whatapps, twitter & facebook je.

Hari itu, masa bro ada assignment dekat Indonesia, dia pun ada sama. Cuma tempat sahaja berbeza.

Apa-apa pun thank sebab tumpangkan kereta semalam. Mu jangan risau, kereta bro lagi layak digelar sebagai rumah bergerak dari kereta mu.