Aku rasa ini kot pertama kali dalam hidup aku, terpaksa memuji + mengkritik blogger lelaki dalam blog aku.

Hampir tercemar status playboy aku dek kerana contest mamat ensem ini.

Diharap aku tidak dilabelkan sebagai “gay” selepas entry ini tersebar diseluruh pelusuk internet terutama di wilayah facebook.

Kalau bukan hadiah utamanya adalah 50% dari hasil jualan ebook – bicara hartanah, tidak terniat bro nak puji beliau lebih-lebih walaupun apa yang ingin bro katakan ini ikhlas dari bro.

Cuma terasa kegelian sikit.

Apabila terpaksa memasukan beliau dalam bakul & angkat.

Abang Ensem?

Rasanya dah hampir setahun beliau memaparkan banner yang tak seberapa nak hensem di blog aku.

Sampaikan orang ingat blog broframestone ini adalah blog kepada abang ensem.

Ini tidak adil, tidak adil bagi ku (bak kata Yuna ).

Tetapi, bro tak kisah. Sebab abang hensem ini bayar lagi banyak dari nuffnang bayar bro bulan-bulan. Walaupun bro tak pasang iklan nuffnang dalam blog ini.

Nak bayar iklan.

Tak main bayar pakai cash. Semua main cheque, sign depan bro. Tak perlu nak tunggu beberapa bulan baru dapat cheque macam nuffnang bagi.

Berapa jumlahnya? Biar kami berdua sahaja yang tahu.

Siapa paling hensem sebenarnya?

Kalau ikut pencapaian, rasanya abang ensem memang hensem. Buktinya, beliau dikurniakan isteri yang memahami.

Klient yang selalu berurusan dengan dia semuanya cantik-cantik dan belum berkahwin.

Paling tak tahan, pembantu peribadi bro pun beliau nak sapu juga.

Ada harapan macam nak jadi Salleh Yaakob Jr.

Kalau bandingkan dengan bro. Bro apa pun tiada. Kalau ada pun, bro tak plan nak tunjuk atau tayang pada umum.

Pertama kali jumpa?

Pertama kali jumpa masa nak layan bola reramai di Stadium Nasional Bukit Jalil. Time nie Malaysia lawan Chelsea (kalau tak salah bro).

Kali kedua berjumpa masa berbuka puasa bersama Madam Mondoq.

Kali bertiga berjumpa masa layan Masterchef Blogger di Shah Alam.

Kali keempat berjumpa masa bro cancel plan nak pergi ujibakat Raja Lawak musim ke-6

Siapakah Abang Ensem Sebenarnya?

Dia hanya manusia biasa, berblog bukan nak kejar populariti.

Tetapi ramai yang kenal dengan beliau bukan kerana blog beliau menceritakan mengenai artis mahupun seo-seo panas. Tetapi penuh dengan ilmu hartanah dikongsikan bersama pembaca blognya.

Merupakan salah seorang penceramah bebas untuk seminar hartanah yang dikenali di Malaysia.

Dan yang paling penting,

Dia merupakan president kelab peminat Fatin Liyana

Gila kau,

Semua aku ingat. Nak harapkan kau (abang ensem), jangan harap pasal aku kau akan ingat. Kalau kau ingat, aku cabar kau tulis pasal “Bro Framestone di Mata Aku”

Ada bran?

Peringatan : Tolong like link bro di fan page ini (untuk memastikan bro lagi hensem dari abang ensem)

Korang pun boleh join contest ini di sini.