April 26, 2024

Pembantu Peribadi Bro Framestone

Untung Bro pergi mana-mana ada je si cantik yang menemani.

Ramai yang jeles. Ada yang label bro kaki perempuan, lelaki gatal. Pantang nampak perempuan.

Tetapi yang tahu sahaja tahu bro macam mana. Tak kisah korang nak cakap macam mana sekali pun. Sekurang-kurangnya bro tunjuk diri bro yang sebenarnya.

Bukan macam sesetengah orang yang hidup berpura-pura. Dah kantoi, terus tutup blog + tutup facebook.

Sebab itu ramai orang yang selesa berurusan dengan bro. Bukan takat blogger sahaja, bahkan artis, ahli perniagaan, ahli politik dan orang biasa yang mempunyai kepentingan.

Ada juga mata-mata yang memandang, dan bertanya

Q- Siapa gadis yang selalu mendampingi bro tiap kali ada event?

A- Oh dia ke? Dia merupakan pembantu peribadi (PA) bro.

Ada juga yang bertanya soalan panas kepada bro

Q- Dia ke buah hati bro selama ini? Ke orang rumah bro?

A- Dia merupakan pembantu peribadi (PA) bro.

Yang paling panas sekali bila ada yang bertanya begini

Q- Korang pergi mana-mana baju lebih kurang je warnanya. Korang ada apa-apa ke nie?

A- Dia merupakan pembantu peribadi (PA) bro. Salah ke pakai baju sama warna? Kalau kami pakai uniform sama, risau korang pulak tak nak kawan dengan kami.

Bro memang suka bawa dia pergi ke mana-mana event. Bukan bro mempergunakan dia ataupun mengambil kesempatan keatas dia.

Banyak sebab bro bawa dia ke hulu ke hilir, antaranya

  1. Blogger perempuan yang aktif
  2. Single
  3. Mempunyai transport sendiri
  4. Mempunyai minat yang serupa dengan bro
  5. Pandai simpan rahsia sulit bro (macam la ada kan)

Tiap kali bro call dia nak ajak datang event. 3 jawapan ringkas sahaja yang bro terima dari dia.

  1. Ok, Nurul nak pergi
  2. Maaf Bro, Nurul ada janji time nie
  3. Nanti Nurul confirmkan.

Jawapan yang ringkas dari dia dan bro hanya perlu membalasnya dengan perkataan “Ok”.

Bukan bro tak sudi nak ajak blogger yang lain.

Seperti kata salah seorang yang pernah ikut bro. Dia cakap bro banyak songeh (rasanya dia dah serik kot dengan bro he..23x)

Tengah fikir juga kenapa PA bro ini macam tak pernah serik ikut bro ek? Adakah sebab kes dia dapat payung banyak-banyak ataupun kes dapat makan sedap-sedap dan banyak-banyak?

Ini masih lagi menjadi persoalan kepada diri bro mahupun orang lain yang tengah que nak jadi PA bro. Tapi yang banyak apply adalah lelaki.

Tapi ada juga yang bro tak tahan bila keluar dengan PA Bro ini.

Bukan kes ramai blogger lelaki nak bergambar dengan dia. Tiada hal punya.

Cuma dia selalu perli bro, dia cakap bro siap macam perempuan. Lambat sangat. Kenkadang lama pula dia perlu tunggu bro if pergi event naik kereta dia.

Kalau naik kereta bro pula, belum sempat bro sampai, dia dah siap menunggu dah.

Memang punch time juga dia ini.

~ Time makan sushi sesama-sama ~

Sekiranya ada sesiapa berminat nak memiliki hatinya. Bro persilakan, asalkan tak ganggu tugas dia sebagai PA bro.

Kepada Nurul aka Cik Siezuka.

Bro berbesar hati menghadiahkan domain kepada Nurul.

Mulai sekarang Nurul sudah mempunyai domainnya tersendiri iaitu www.siezuka.com

Wah….!! Domain ada berbau kejepunan. Jika ada siezuka pasti ada nobitanya, tetapi siapakah nobitanya?

Bicara Bro : Dulu bro kasihan tengok dia.

Bila blog kena hack, email tak boleh masuk, facebook, twitter etc. Now dia terpaksa bermula dari bawah. Tetapi ramai yang sudi memberi semangat kepada dia.

Teruskan….!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

54 thoughts on “Pembantu Peribadi Bro Framestone

  1. bro, pilihan yg tepat. ngan nurul memang senang cite. dia x byk karenah. on time. klau x jadi, dia gtau awal2. senang kata, dia terbaik ah. mulut pun xbyk.hahahaa. kire kawan yg baik.. wahh gitu. cik nurul, jgn terharu yeee. nt banje akak mkn taw.kahkahkah

    1. Mu komen nie macam mintak nurul belanja makan je nie…

      Kalau dia nak belanje, pastikan dia ajak bro sama. Nanti siapa nak tolong dia habiskan makanan.

  2. Wah terharunya… Patutlah orang tanye akaun bank, bila nak duit.. buat bodoh jer..

    Time kasih bro.. Ala daripada boring duk umah baik g event.. tul tak.. Time kasih bro.. terharu gila baca entry nih..hehehe ;)

  3. Baru ada motivasi apabila dapat hadiah domain daripada bro. Tanniah kepada Nurul kerana sudah ada nama domain sendiri sebagai penjenamaan.

    Macam bro memang patut ada PA dah.

    1. Erm kalau ada apa2 macam mane ek.

      Kalau ikutkan banyak je entry bro panjang2

      Cuma time bro bz n update pakai hp. Memang akan nampak semua pendek2

  4. tgh single lg boleh la nk jd PA .ke hulu hilir..cube dah ada Suami? huhu~

    rasanya nurul suka jd PA bro sbb dpt makan-makan la…nurul kan byk makan…dah makin chubby …hehehe

    * jumpa nurul sekali je masa makan dkt bangkok house. lemah lembut org nye…..eh yg pakai spek tu single lagi kan…opssss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *