Minggu ini bro nampak senyuman ceria terukir diwajah mak.

Berbeza dengan hari kebiasaan. Manis berjalan erat dengan ayah.

Nampak sepadan, sweet couple gitew. Dengan pakaian dan warna yang sedondong.

Berbeza dengan anaknya ini. Selekeh je memanjang. Mungkin sebab itu jodoh susah nak lekat kot.

Minggu ini mak turun KL.

Hotel bro book untuk privasi mereka. Walaupun xsemewah mana. Tapi cukup selesa buat mereka.

Hari ibu disambut beramai-ramai bersama kesemua anaknya.

Memang susah nak kumpulkan anak-anaknya. Harapkan time raya baru dapat. Kalau tidak, kena tunggu raya tahun depannya pula.

Kali ini, bukan anaknya sahaja yang ada. Menantu dan bakal menantu juga ada.

Terasa meriah pula family ini. Dengan berbagai ragam tapi mampu membuatkannya tersenyum.

Ayah juga begitu.

Bro juga begitu. Tak sangka adik beradik bro semua dah besar-besar belaka.

Dan mereka juga mengatakan bro juga sudah semakin besar. Lebih besar dari dulu (gemuk)

Mungkin kerana bro bahagia dengan jalan yang bro pilih. Pilih sebagai hala tuju hijrah bro. Jauh dari laluan yang pernah bro pilih dulu.

Diharap ianya mampu memberi sinar dalam hidup dan memastikan senyuman masih terukir pada wajah ibu.

Bagaimana pula dengan anda?