You are here
Home > 1001 Pictures > Bersama Rakan Blogger Di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

17,433,291 total views, 956 views today

Bersama Rakan Blogger Di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Tahun lepas pergi,

Tahun ini pun pergi juga, cuma dengan orang yang berbeza.

Tahun lepas dengan kenalan, tahun ini dengan rakan-rakan blogger.

Semuanya tidak di plan, cuma pintu hati bro tergerak nak ke Putrajaya untuk memeriahkan lagi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012.

Dengan sekali update status dekat facebook, feedback yang bro dapat amat memberansangkan. Belum lagi di twitter. (jom follow twitter broframestone)

Dapat gak la bro kumpulkan beberapa blogger iaitu

  1. Shakiddo
  2. Afasz
  3. Beliamuda

Ada juga yang bro jumpa tapi tak dapat nak join. Dan ada juga yang tak terjumpa-jumpa walaupun berada di lokasi yang sama.

Hijab kena tutup kot. Itu pasal tak nampak korang.

Dari pukul 3 petang dok tunggu. Tapi belon tak naik-naik. Tengok jam dah pukul 5 lebih, terus pakat reramai beli makanan dan berkelah dekat mana-mana. Tempat penuh, tiada ruang untuk kami makan.

Hasilnya,

Jadi la gathering berkelah di Putrajaya.

Duduk berlapikan rumput je. Kalau korang tengok pic di atas nie, Korang rasa siapa yang paling kuat makan?

Akhirnya, lebih kurang pukul 6.30 petang baru nampak kelibat belon dinaikan.

Untunglah ada iPad..!! Menganggu fokus lensa kamera bro je.

Bicara Bro : Rasanya macam bosan pula event ini.

Teringat satu ketika dulu, banyak belon berterbangan di langit Putrajaya. Ini satu persatu, kemudian sedikit. Rasanya perlu diperbaiki.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

43 thoughts on “Bersama Rakan Blogger Di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

    1. eh knp fasz plak ni???tkde bukti pon…hik hik…

      mana nurul ni?????
      *backup akak….
      tapi nurul pon kuat makan..opsss

  1. memang tahun ni teruklah bro… tahun lepas seronok sikit! akak pergi last day, dapat tgk 2-3 biji je belon yg diaorang pasang, dahlah pasang lambat! orang dah tunggu dari pukul 5 pukul 6.30 baru nak pasang…hampa sangat!

Leave a Reply

Top