Zootopia 2 terus membuktikan kuasa magis Disney apabila filem animasi epik ini mencatat sejarah baharu dengan kutipan pembukaan global mencecah US$556 juta (RM2.2 bilion) pada minggu pertama tayangannya.
Angka luar biasa ini menjadikan ia pembukaan global tertinggi tahun 2025, ke-4 tertinggi sepanjang zaman, serta pembukaan animasi Disney terbesar dalam sejarah, mengatasi pencapaian sebelum ini yang dipegang oleh Frozen 2 di Malaysia dan Thailand.
Di rantau Asia Tenggara, filem ini turut mencipta gelombang besar apabila berjaya meraih lebih US$8 juta (RM33 juta) setakat ini.
Malaysia tampil sebagai pasaran paling dominan dengan kutipan US$2 juta (RM8.26 juta), disusuli Thailand dengan US$1.7 juta, sekaligus membuka tayangan di kedudukan All Industry No.1 di Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Menurut Rachel Fong, Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar Studio, The Walt Disney Company Asia Tenggara, kejayaan ini bukan sekadar angka tetapi turut membawa mesej penting.
“Zootopia menunjukkan bahawa segala-galanya mungkin jika kita percaya pada diri sendiri, manakala Zootopia 2 menekankan nilai komuniti serta apa yang boleh kita capai apabila kita mengatasi perbezaan,”.
Disney turut menggerakkan kempen besar-besaran di rantau ini, termasuk Zootopia-themed roving school bus di Filipina, pengalaman istimewa di beberapa stesen MRT di Indonesia, serta kempen sosial di Thailand yang menampilkan barisan pelakon suara tempatan.
Semua ini dirancang bagi menyebarkan mesej perpaduan, keberanian dan kerjasama kepada penonton di semua peringkat umur.
Bermula sekarang hingga 7 Disember, peminat di Malaysia boleh menikmati pameran bertema Zootopia 2 di Sunway Pyramid yang membawa suasana bandar Zootopia ke dunia nyata.
Beberapa pusat beli-belah lain turut menampilkan ruang foto bertema dan dekorasi sinematik yang membolehkan peminat merakam detik menyeronokkan bersama watak kegemaran mereka.
Sinopsis Zootopia 2
Dalam Zootopia 2, Judy Hopps (disuarakan oleh Ginnifer Goodwin) dan Nick Wilde (Jason Bateman) kembali dalam satu penyiasatan berprofil tinggi setelah kemunculan karakter misteri, Gary De’Snake (Ke Huy Quan), yang mengubah keseluruhan bandar Zootopia.
Untuk menyelesaikan kes tersebut, Judy dan Nick terpaksa menyamar dan menjejaki kawasan-kawasan baharu yang belum pernah diterokai sebelum ini.
Persahabatan dan kerjasama mereka diuji apabila mereka berdepan ancaman yang semakin rumit. Filem ini turut menampilkan suara Shakira sebagai Gazelle, Idris Elba, Andy Samberg, Quinta Brunson dan ramai lagi, serta diketuai oleh pasukan pemenang Oscar — Jared Bush, Byron Howard dan Yvett Merino.
Penghujung Tahun yang Mendebarkan untuk Disney
Tayangan Zootopia 2 turut menjadi pemacu utama kepada musim cuti hujung tahun sebelum pelancaran Avatar: Fire & Ash pada 18 Disember. Dua tayangan blockbuster ini dijangka memberikan impak besar buat Disney untuk menutup tahun 2025 dengan gemilang.
Untuk peminat filem animasi, Zootopia 2 kini ditayangkan secara eksklusif di pawagam seluruh negara. Dengan gabungan humor, aksi pintar, misteri mendalam dan mesej kemanusiaan yang menyentuh hati, filem ini bukan sahaja menghiburkan malah memberi inspirasi kepada penonton dari semua lapisan masyarakat.
Keyword :
- Zootopia 2 Malaysia
- Zootopia 2 box office
- Disney animation 2025
- Filem animasi terbaru 2025
- Judy Hopps Nick Wilde
- Zootopia 2 review Malaysia
- Zootopia 2 Sunway Pyramid showcase

