December 12, 2025

Rangga & Cinta: Cinta Klasik yang Kembali Menggetarkan Jiwa

Rangga & Cinta Malaysia

Dua dekad selepas filem Ada Apa Dengan Cinta? mencetuskan fenomena besar dan menjadi simbol cinta remaja pada awal 2000-an, kisah ikonik itu kini kembali dengan nafas baharu menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah tersohor Riri Riza.

Menggabungkan elemen sastera, muzik dan romantik nostalgia dengan sentuhan segar generasi Z, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025.

Dihasilkan oleh Miles Films dengan penerbit berpengaruh Mira Lesmana bersama Nicholas Saputra dan Toto Prasetyanto, filem ini turut disokong oleh Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi di Malaysia.

Rangga & Cinta menampilkan barisan pelakon muda berbakat seperti Leya Princy, El Putra Sarira, Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, Rafi Sudirman, dan Rafly Altama.

Cinta dan Rangga: Apabila Sastera Menyatukan Dua Jiwa

16317″ title=”Actor Rangga & Cinta Malaysia” src=”https://www.gabra.my/wp-content/uploads/2025/11/Actor-Rangga-Cinta-Malaysia.jpeg” alt=”Actor Rangga & Cinta Malaysia” width=”1000″ height=”655″ />

Filem ini mengisahkan Cinta (Leya Princy), pelajar berusia 17 tahun yang terkenal dengan bakat, kecantikan, dan populariti bersama rakan karibnya Alya, Maura, Milly, dan Karmen, yang juga mengendalikan kelab majalah sekolah.

Kehidupan Cinta yang sempurna mula berubah apabila muncul Rangga (El Putra Sarira), pelajar misteri yang meminati sastera dan berjaya menewaskannya dalam pertandingan puisi tahunan sekolah.

Cinta cuba menerima kekalahannya dengan tenang dan merancang untuk menemu bual Rangga bagi majalah sekolah. Namun pertemuan pertama mereka tidak berjalan seperti diharapkan, apabila Rangga dilihat dingin dan agak sombong.

Namun, hari demi hari, ketegangan itu bertukar menjadi ikatan halus melalui bait-bait puisi. Di sebalik rasa yang mula tumbuh, Cinta berdepan dilema antara kesetiaan terhadap rakan-rakannya dan debaran cinta yang mula berputik dalam hatinya.

Rangga & Cinta mungkin berkisahkan cinta remaja, namun ia turut menggambarkan realiti sosial masa kini. Ia menyentuh emosi, terasa peribadi, dan sangat relevan untuk penonton hari ini,” kata Riri Riza, pengarah filem ini.

Beliau turut menambah bahawa pengarahannya kali ini merupakan antara pengalaman paling emosional sepanjang kerjayanya. “Ratusan tenaga kerja dan pelakon mencurahkan sepenuh jiwa untuk menjayakan kisah ini.

Setiap elemen — daripada naratif, visual hingga ke muzik — lahir daripada kolaborasi yang tulus. Kami berharap penonton dapat merasai kehangatan dan keindahan emosi itu di layar besar.”

Perpaduan Sastera, Muzik dan Emosi

Rangga & Cinta bukan sekadar adaptasi, tetapi interpretasi muzikal yang menggabungkan sastera, muzik dan koreografi sebagai sebahagian daripada jalan ceritanya.

Filem ini turut menampilkan semula lagu-lagu kegemaran peminat ciptaan Melly Goeslaw dan Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia, dan Bimbang.

Selain itu, tiga lagu baharu diperkenalkan termasuk lagu tema Rangga Cinta yang dinyanyikan oleh Eva Celia dan Bilal Indrajaya, melambangkan pertembungan kenangan lama dengan babak baharu.

Dalam usaha promosi, Samsung turut menjalinkan kerjasama bersama filem ini melalui Galaxy S25 FE, meraikan semangat kreativiti generasi baharu.

Kolaborasi ini menampilkan siri kandungan sosial berkonsepkan “meme-fication”, menghubungkan adegan filem dengan kehebatan kamera AI pintar dan kualiti profesional Galaxy S25 FE — menjadikan kisah cinta ini lebih dekat dengan dunia digital masa kini.

Nostalgia yang Menghidupkan Semula Cinta

Poster Rangga & Cinta Malaysia

Rangga & Cinta menjanjikan pengalaman menonton yang penuh emosi, membawa penonton menyelami indahnya cinta pertama, nilai persahabatan, dan nostalgia yang kekal segar dalam ingatan.

Apabila dua jiwa bertemu, cinta menemukan melodinya…

Kerana setiap generasi memiliki kisah Rangga & Cinta tersendiri.

Bersedia untuk menghidupkan semula kenangan dan merasai keindahan puisi Rangga buat Cinta di pawagam seluruh negara bermula 6 November 2025!

Kongsi detik-detik indah anda menggunakan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia dan biarkan keajaiban kisah cinta ini menyentuh hati semua.

Untuk kemas kini dan kandungan eksklusif, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X, dan YouTube.

Keywords:

  • Rangga & Cinta,
  • Ada Apa Dengan Cinta,
  • Riri Riza,
  • Mira Lesmana,
  • Primeworks Studios Malaysia,
  • filem romantik,
  • filem Indonesia 2025,
  • Galaxy S25 FE.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *