March 4, 2026

Tahan Lasak dan Bergaya: KOSPET Perkenal TANK T4 & Tank M4 untuk Pasaran Malaysia

KOSPET TANK M4

Buat mereka yang gemar gaya hidup aktif dan mencabar, kini hadir dua jam tangan pintar yang direka khas untuk anda. KOSPET, jenama global yang terkenal dengan inovasi teknologi wearable lasak, secara rasmi melancarkan dua model terbarunya — TANK T4 dan TANK M4, kini boleh didapati untuk pengguna di Malaysia.

Dengan tema “Trust Anchored, Horizons Ignited”, kedua-dua model ini direka untuk mereka yang berani mencabar had diri, menggabungkan reka bentuk bergaya, teknologi ketahanan tahap tentera dan fungsi navigasi profesional dalam satu peranti.

Model ini turut menerima pengiktirafan antarabangsa dengan Anugerah Emas di 2025 MUSE Design Awards dan London Design Awards, membuktikan keunggulan reka bentuk dan kejuruteraan KOSPET di peringkat global.

Menariknya, Cole Hocker, pemenang pingat emas Olimpik 2024 untuk acara 1500 meter, menjadi wajah rasmi siri TANK — simbol ketahanan dan semangat untuk sentiasa maju ke hadapan.

Ketahanan Tentera, Gaya Premium

KOSPET TANK T4 Built for the Bold

Menurut Johnathan Zheng, Pengarah Pemasaran KOSPET, pelancaran ini menandakan langkah paling berani syarikat dalam menggabungkan reka bentuk unggul dengan teknologi outdoor moden.

“Kami membina TANK T4 dan M4 untuk mereka yang menolak batas — sama ada di dasar laut, di denai gunung, atau di gimnasium. Dengan pensijilan MIL-STD-810H, fungsi selaman profesional, dan ekosistem Apexmove, ini bukan sekadar jam tangan pintar — ia teman setia untuk momen paling mencabar dalam hidup,”.

Kedua-dua model diperakui dengan piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dan tahap kalis air 10ATM/IP69K, menjadikannya sesuai untuk aktiviti ekstrem seperti mendaki, berlari lasak atau menyelam sehingga 45 meter dalam air.

Walaupun tahan lasak, reka bentuknya kekal moden dan bergaya, sesuai dipakai ke pejabat atau majlis santai.

Kuasa Tahan Lama: Bateri 15 Hari dan Prestasi Dual-Core

Dikuasakan oleh bateri 500mAh berkapasiti tinggi dan platform ATS3089 dual-core, jam ini mampu bertahan sehingga 15 hari penggunaan biasa dan 22 jam dalam mod GPS berterusan.

Paparan AMOLED yang terang dengan kecerahan 1000 nits dilindungi oleh kaca Corning® Gorilla® Glass, serta menyokong kawalan wet-touch — sesuai untuk keadaan basah atau berpeluh.

Navigasi Tepat: Dual-Band GNSS & Peta Luar Talian

Untuk pengembara, ketepatan lokasi sangat penting. TANK T4 dan M4 dilengkapi Dual-Band GNSS dengan sokongan enam sistem satelit global, memastikan ketepatan maksimum walaupun di kawasan terpencil.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan peta luar talian (offline maps) dan import laluan GPX/KML, membolehkan navigasi tanpa sambungan internet. Algoritma eksklusif OPDR turut meningkatkan kestabilan isyarat GPS di kawasan lemah.

Mod Selaman Profesional Sehingga 45 Meter

KOSPET turut memperkenalkan mod selaman profesional dalam siri ini, lengkap dengan bacaan kedalaman, masa tanpa dekompresi (NDL), suhu air, serta kelajuan turun dan naik.

Dengan sokongan sehingga 45 meter, ia sesuai untuk aktiviti seperti selaman bebas, scuba, dan gauge diving.

Kecergasan & Kesihatan di Hujung Jari

KOSPET TANK M4 Oxygen

Bagi peminat sukan, siri TANK menawarkan 23 mod sukan profesional ApexMotion™ dan lebih 160 mod latihan bebas, bersama pelan senaman peribadi melalui aplikasi Apexmove.

Jam ini turut boleh mengesan enam jenis aktiviti secara automatik dan memberi maklum balas masa nyata.

Dari segi kesihatan, sensor VC9213 4PD membolehkan pemantauan menyeluruh termasuk denyutan jantung, oksigen dalam darah (SpO?), tekanan, tidur, serta tahap emosi, semuanya dengan hanya satu sentuhan.

Ciri Pintar Harian untuk Gaya Hidup Moden

Selain prestasi outdoor, TANK T4 dan M4 juga lengkap untuk kegunaan harian — termasuk panggilan Bluetooth, notifikasi aplikasi, dan laporan pagi automatik.

Pengguna boleh kekal berhubung tanpa perlu sentiasa memegang telefon.

\Kehadiran KOSPET TANK T4 dan TANK M4 di Malaysia membawa nafas baharu dalam dunia jam tangan pintar — gabungan gaya, ketahanan, dan teknologi pintar dalam satu reka bentuk yang elegan.

TANK T4 dan TANK M4 boleh dibeli di Malaysia melalui kedai rasmi KOSPET di Shopee (T4|M4), Lazada (T4|M4), dan TikTok (T4|M4), serta melalui peruncit sah di seluruh negara.

Kedua-dua model dijual pada harga RM699, dengan pakej awal dan hadiah eksklusif yang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi KOSPET dan kedai dalam talian.

Sama ada anda seorang peneroka, atlet, atau pengguna aktif, siri TANK adalah pilihan ideal untuk mereka yang mahu lebih daripada sekadar jam tangan biasa.

Keyword :

  • KOSPET Malaysia,
  • KOSPET TANK T4,
  • KOSPET TANK M4,
  • jam tangan pintar lasak,
  • smartwatch outdoor Malaysia,
  • GPS smartwatch,
  • jam tangan kalis air,
  • KOSPET Malaysia 2025

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *