November 14, 2025

Korang Dah Try Vimto? Minuman Buah Legenda Dari UK Kini di Malaysia!

Vimto Minuman Buah Legenda Dari UK Kini di Malaysia!

Vimto, jenama minuman buah yang telah bertapak lebih 110 tahun dari Manchester, England, kini secara rasmi diperkenalkan di pasaran Malaysia.

Bro sudah mencuba sendiri minuman ini, dan pengalaman tersebut benar-benar menyegarkan.

Dikenali dengan campuran unik tiga jenis buah – blackcurrant, anggur, dan raspberi – Vimto bukan sekadar satu jenama, tetapi simbol warisan, inovasi dan kualiti.

Lebih menarik lagi, resipinya disesuaikan untuk memenuhi cita rasa tempatan dan telah disahkan halal, menjadikan ia pilihan yang sangat sesuai untuk pengguna Muslim di Malaysia.

Gabungan Rasa Buah yang Menyegarkan

Apa yang membezakan Vimto daripada minuman buah lain di pasaran ialah rasa buah-buahannya yang pekat dan seimbang.  Rasa manisnya tidak keterlaluan, dan keharuman buah memberikan sensasi yang cukup memuaskan, terutamanya apabila diminum sejuk pada hari yang panas.

Tidak hairanlah jika di Timur Tengah, Vimto menjadi pilihan utama ketika bulan Ramadan, dengan jualan melebihi 135 juta liter setiap tahun.

Kini, pengguna di Malaysia turut berpeluang menikmati minuman yang telah menjadi tradisi turun-temurun di negara lain. Lebih-lebih lagi kita di Malaysia sedang hadapi cuaca panas berjerebu ketika ini.

Malaysia – Destinasi Pertama di Asia Tenggara

Pelancaran rasmi Vimto di Malaysia pada awal tahun, menjadikan negara kita sebagai destinasi pertama di Asia Tenggara yang menerima kehadiran minuman ini.

Menurut Matt Nichols, Pengarah Komersial Antarabangsa dan generasi keempat daripada keluarga pengasas Vimto, pemilihan Malaysia adalah kerana kepelbagaian budaya makanan, sistem runcit yang maju dan permintaan tinggi terhadap produk halal berkualiti.

Vimto tidak sekadar mahu menjual produk, tetapi juga mahu membina hubungan jangka panjang bersama masyarakat tempatan – satu pendekatan yang sangat dihargai.

Vimto Kini Mudah Didapati di Pasar Raya Seluruh Negara

Vimto Kini Mudah Didapati di Pasar Raya Seluruh Negara

Untuk pengetahuan anda  Vimto kini boleh didapati di pelbagai rangkaian peruncitan utama di Malaysia.

Ia mula diperkenalkan melalui 99 Speedmart pada Oktober 2024 dan kini telah berkembang ke pasar raya seperti AEON, Giant, Mydin, TF Value-Mart, Sogo, Seibu, dan Isetan.

Ini membuktikan strategi penembusan pasaran Vimto berjaya dilaksanakan dengan efektif, memastikan produk ini mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Apa yang Bro kagumi tentang Vimto ialah komitmennya dalam mengekalkan identiti jenama sambil terus berinovasi mengikut peredaran zaman.

Ia bukan sekadar minuman, tetapi juga satu bentuk pengalaman yang menggabungkan warisan, kualiti dan rasa yang mesra semua peringkat umur.

Dengan kesegaran rasa dan pendekatan yang teliti terhadap citarasa tempatan, Bro percaya Vimto akan menjadi antara pilihan utama di Malaysia – bukan sahaja ketika musim perayaan, tetapi juga sebagai minuman harian.

Kehadiran Vimto di Malaysia sememangnya membawa satu warna baharu dalam landskap minuman tempatan. Ia memenuhi keperluan pengguna moden yang inginkan minuman halal, berkualiti, dan menyegarkan.

Jika anda belum mencubanya, Bro syorkan untuk segera ke pasar raya terdekat – satu botol mungkin tidak cukup!

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh layari laman web rasmi Vimto Malaysia.

Keyword :

  • Vimto Malaysia
  • Minuman buah halal
  • Vimto 99 Speedmart
  • Minuman Vimto rasmi
  • Vimto Mixed Fruit Cordial
  • Minuman untuk Ramadan
  • Minuman popular UK di Malaysia

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *