September 19, 2025

Filem Pejam Bawa Mesej Perpaduan & Kesedaran Mental, Arahan S.T Bala

Bro di Tayangan Khas Filem Pejam
Filem Pejam, ia bukan sekadar sebuah filem – ia adalah karya yang menyentuh hati dan mengangkat tema perpaduan kaum serta kesedaran kesihatan mental, diarahkan dan diterbitkan oleh S.T Bala dari Bunga Bro Production Sdn. Bhd.

Bro berkesempatan untuk hadiri Majlis Tayangan Khas Filem Pejam yang berlangsung di di GSC Starling Mall, Damansara Uptown.

Dalam acara berprestij tersebut, kehadiran pegawai kanan termasuk YB Senator Puan Saraswathy Kandasami (Timbalan Menteri Perpaduan Negara) dan Dato’ Haslina Abdul Hamid (Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan) jelas menunjukkan sokongan penuh kerajaan terhadap mesej perpaduan yang dibawa oleh Pejam.

YB Senator Puan Saraswathy Kandasami Filem Pejam

Menurut YB Senator Puan Saraswathy Kandasami,

Beliau menganggap Filem Pejam ini mampu mengangkat semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang kian pupus. Dari awal hingga akhir filem ini, setiap watak & plot cerita berjaya ketengahkan isu perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan penonton.

Filem ini menyuntik semangat perpaduan yang kian pupus menerusi karakter-karakter yang ditunjukan di dalam filem ini. Secara tidak langsung, isu kesihatan mental juga disentuh bagi mengubah perspektif individu dan masyarakat terhadap mereka.

Sinopsis & Jalan Cerita Filem Pejam

Filem ini mengisahkan Priya, seorang gadis yang tidak mampu meneruskan perkahwinannya sehingga beliau menemui bapanya, Lingam, yang hilang selepas kemalangan 22 tahun lalu.

Petunjuk muncul apabila seorang pemuda, Azman,mendakwa pernah bertemu seorang lelaki tua misteri yang mirip dengan Lingam. Kisah tragis Lingam terungkai apabila dia hilang ingatan selepas kemalangan dan hidup sebagai gelandangan, tidak dikenali sesiapa, termasuk keluarganya sendiri

Dibantu oleh teman lelakinya, Raymond dan Azman, mereka mula menjejaki Lingam melalui media sosial hingga ke sebuah pusat pemulihan kesihatan mental di Sungai Petani, Kedah

Lingam, yang kini mengalami amnesia, dilihat bekerja sebagai tukang kebun dan hidup tanpa memori diri.

Namun, secara dramatik kisah beliau kembali pulih apabila Priya dan teman-temannya mengenal pasti suara bapanya melalui radio. Momen pertemuan semula ini memberi harapan bukan saja buat Priya, tetapi juga simbolik kepada perpaduan harapan masyarakat Malaysia.

Pengarah & Penerbit – S.T Bala

Bersama Pengarah & Penerbit Filem Pejam – S.T Bala
Bro Bersama Pengarah & Penerbit Filem Pejam – S.T Bala

S.T Bala, yang bertindak sebagai pengarah dan penerbit melalui Bunga Bro Production Sdn. Bhd., mengambil masa hampir setahun untuk menyelesaikan Filem Pejam. Kerja penggambaran utama dijalankan selama tiga minggu di Sungai Petani, Kedah.

Menurut beliau, tajuk Pejam dipilih untuk melambangkan proses perubahan watak utama – “apabila membuka mata semula selepas pejam sekian lama, kita menjadi orang lain.

Konsep ini bukan hanya indah dari segi sinematik, tetapi juga memberi makna simbolik mendalam kepada jalan cerita.

Kesungguhan pengarah menghasilkan mutu filem yang bukan sahaja dekat dengan budaya tempatan, tetapi juga memberi perhatian kepada aspek emosi dan estetik visual

Aahmu Thirunyanam filem Pejam
Aahmu Thirunyanam

Filem Pejam menampilkan barisan pelakon hebat seperti:

  • Sivenesh Arunachalam sebagai Lingam
  • Abdul Halim Radzi sebagai Azman
  • Kahoe Hon sebagai Raymond
  • Aahmu Thirunyanam (Peran awal Priya)
  • Dato’ Imuda, pelakon veteran yang memperkukuh elemen emosional

Tayangan Khas Filem Pejam

Turut hadir dalam tayangan ialah tokoh-tokoh industri seperti David Teo, Jane Lim, dan pegawai DBP, mencerminkan jalinan kerjasama dalam pembikinan karya bermesej ini.

Filem Pejam Tampil Dengan Tema Perpaduan & Kesedaran Mental

Filem ini bukan sekadar karya seni – ia adalah alat kesedaran sosial. Menurut Senator Saraswathy, Pejam mampu “menggalakkan perpaduan kaum di negara kita yang kian pupus”

Kemunculan watak Lingam yang menghidap amnesia serta kehidupan di pusat pemulihan memberi gambaran mendalam tentang kesihatan mental dan pentingnya sokongan masyarakat terhadap pesakit..

Dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara dan penglibatan selebriti serta tokoh industri, Pejam dianggap sebagai filem yang mampu menyuburkan semangat muhibah, toleransi dan kesedaran mental.

Ia juga membuka ruang kepada sinema tempatan untuk terus menghasilkan karya berkonsepkan mesej mendalam dan memberi kesan sosial.

Pejam adalah lebih daripada sebuah filem – ia adalah suatu perjalanan emosi dan kesedaran mengenai realiti kehidupan, kehilangan, dan harapan. Arahan S.T Bala, persembahan hebat Sivenesh Arunachalam dan barisan pelakon yang mantap menjadikan filem ini salah satu karya tempatan yang wajar ditonton oleh generasi semasa.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 September 2025 dan jangan lepaskan peluang menyaksikan kisah penuh motivasi ini.

Keyword

  • Filem Pejam
  • Pejam S.T Bala
  • Sivenesh Arunachalam filem
  • filem perpaduan kaum Malaysia
  • kesedaran kesihatan mental filem tempatan
  • Bunga Bro Production Pejam
  • filem Malaysia 2025

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *