Korang kalau tengah cari hidangan best untuk sambut Tahun Baru Cina, The Chicken Rice Shop (TCRS) ada menu limited-time yang wajib korang cuba – Ayam Oren!
Hidangan ni gabungan ayam goreng rangup dengan sos oren yang manis, pedas, dan ada sentuhan halia, memang kena dengan vibe perayaan.
Ia sudah mula dijual di semua cawangan TCRS dan akan tersedia sampai 23 Februari 2025.
Bila Ayam Oren sampai atas meja, warna dia terus tarik perhatian Bro.
Sos oren yang berkilat menyelaputi ayam goreng yang rangup, ditambah dengan bijan panggang untuk extra crunch. Bau dia pun dah buat bro tak sabar nak rasa!
Mula-mula Bro gigit, rasa manis oren terus serap dalam mulut, diikuti dengan sedikit pedas halia yang bagi keseimbangan dalam setiap suapan.
Ayam dia juicy, tak kering langsung, dan bila digabungkan dengan bijan panggang, ada tekstur crunchy yang buat hidangan ni lagi syok!
Ayam Oren The Chicken Rice Shop Pilihan Set Yang Berbaloi
Kalau korang nak try Ayam Oren, boleh pilih set yang sesuai:
- Ong-ly Me Set – Untuk yang nak makan seorang, set ni ada Ayam Oren, Pak Choy dengan Sos Tiram, nasi, dan sup.
- Ong You & Me Set – Kalau nak share dengan kawan atau partner, set ni ada Ayam Oren, ayam single-serve, Nyonya Pai Tee, Sai To Fish Ball Soup, pilihan sayur dan nasi.
- Ong Like Us Set – Untuk makan ramai-ramai, set ni sesuai untuk empat orang. Ada Ayam Oren, ayam suku pilihan, Nyonya Pai Tee, Penang Rojak, Penang Famous Chicken Roll, serta pilihan sayur dan nasi.
Untuk lengkapkan hidangan, TCRS ada Ong-ren Bliss, minuman oren yang menyegarkan dan kena dengan kombinasi manis dan pedas Ayam Oren. Memang ngam!
Bagi Bro, Ayam Oren dari The Chicken Rice Shop ni memang wajib korang try!
Gabungan rasa manis oren sebagai simbol kemakmuran dan sedikit pedas untuk vibe Tahun Baru yang penuh semangat, hidangan ni memang terbaik.
Set pun ada pelbagai pilihan – nak makan sorang, berdua, atau dengan family, semua ada!
Kalau korang nak try sendiri, cepat ke cawangan TCRS sebelum 23 Februari 2025. Jangan terlepas untuk dapatkan menu limited-time ini!
- Ayam Oren The Chicken Rice Shop
- Menu baru TCRS 2025
- Hidangan Tahun Baru Cina terbaik
- Ayam goreng sos oren
- Set makanan TCRS Chinese New Year
Untuk makluamt lanjut tentang promosi istimewa Tahun Baru Cina ini dan promosi lain, sila layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti halaman Facebook The Chicken Rice Shop.