Berita baik, menu Marrybrown Fortune Burger kini kembali bagi tempoh masa terhad sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2020.
Rakyat Malaysia kini boleh merasai ‘kekayaan’ dengan Marrybrown’s Fortune Burger, yang disajikan dengan paha ayam 100% yang dimasak segar yang disaluti kuah black pepper atau cheese.
Harga bermula dari RM14.60, hadir bersama kombo Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange.
Marrybrown Fortune Burger hadir dengah 2 jenis burgernya :-
- Cheese Burger
- Black Pepper Burger
Mesti ramai antara korang suka makanan yang berkeju seperti Marrybrown Cheese Burger. Bro juga tak kecuali.
Daging ayamnya digoreng garing, kemudian di terdapat limpahan sos keju diatasnya bersama mayonis dan daun salad segar. Memang terasa berkeju bila menikmatinya.
Bagi mereka yang menyukai makanan yang pedas pula, korang boleh mencuba Marrybrown Black Pepper Burger.
Dimana daging ayamnya direndam dalam sos Black Pepper kemudian di hidangkan bersama potongan bawang dan juga cendawan. Terasa berjus ketika menguyahnya.
Mana lebih sedap?
Susah nak cakap. Sebab kedua-dua burger ini merupakan fav Bro sendiri. Bro memang suka makanan yang pedas. Dalam masa yang sama juga meminati makanan berkeju.
Korang pula, bagaimana?
Jom layan vlog Bro menikmati Marrybrown Fortune Burger di Youtube Channel Bro Framestone.
Kalau korang belum merasainya, apa kata kita ramai-ramai ke cawangan Marrybrown berdekatan dan order Marrybrown Fortune Burger ini .
Tawaran ini sah bagi tempoh terhad sepanjang musim perayaan ini, hanya di Marrybrown
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown serta promosi yang mereka jalankan, anda boleh rujuk Facebook Marrybrown Malaysia, Instagram @MarrybrownMY atau laman web http://www.marrybrown.com/
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter