Artikle ini, khas ditujukan kepada arwah Dayang Deno, kenalan blogger & doodle.
Gambar diatas diambil sekitar tahun 2015, sewaktu Bro hadir ke Putrajaya untuk menyaksikan pameran karya doodle oleh arwah. Nampak keterujaannya bila pertama kali kami berjumpa.
Yup, agak lama juga kami berkenalan di laman sosial.
Waktu itu, Bro sendiri tidak tahu baru beliau merupakan SLE @ Lupus Fighter & Bro sendiri tidak tahu apa itu SLE @ Lupus.
Melalui arwah, Bro sedikit demi sedikit mengenali apa itu SLE @ Lupus yang beliau tanggung selama 20 tahun ini. Yup, 20 tahun itu agak lama juga tempohnya.
Bayangkan dari usia arwah 10 tahun, arwah mengalaminya.
Betapa kuat & tabahnya arwah selama ini….
****
SLE @ Lupus Fighter
Selain arwah, ramai rupanya kenalan Bro merupakan SLE @ Lupus Fighter. Ada yang telah pergi, dan ada masih lagi bertarung sehingga kini.
Lebih ketara, terasa bila ada kenalan + ada hubungan persaudaraan (sepupu dia kahwin dengan adik Bro), pergi ketika anaknya masih lagi kecil.
Ketika dia pergi…
Bro sekeluarga tidak dapat hadir…
Sedangkan selama ini, beliau sentiasa hadir ketika keluarga kami ada majlis / kenduri.
BACA : PENYAKIT SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS (SLE).
****
Terima Kasih Dayang Deno
Nampak ceria sahaja Dayang Deno kan. Bro juga nampak ceria (ke nampak muda tertiba)
Tetapi disebalik keceriaan beliau, ada ….. Erm…!! Bro tahu dia kuat, dan mampu bertahan hingga kini. Sebab itu, tiap kali berjumpa. Bro akan layan dan hiburkan hati dia.
Ingat lagi sewaktu pertama kali kami keluar bersama (sebab untuk interview dia untuk Blog Retis). Bro kena ambil dia dekat rumah kakak dia + minta izin nak bawa dia keluar.
Sampai masanya, hantar dia pulang semula. Sebab dia kena buat treatment pada waktu tertentu setiap hari.
******
Rindu dengan Dayang Deno…
Last update status facebook bulan lepas, rupanya dah sebulan beliau koma.
Beberapa komplikasi berlaku sejurus pembedahan mengantikan 3 injap jantungnya. Dan sekarang bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
Baru ini keadaannya kritikal selepas line trachea tidak berfungsi. Doktor terpaksa tidurkannya kembali.
Dan, melalui perkongsian di facebook kakak beliau, Dayang Deno telah pergi pada pukul 11.40 malam, hari Jumaat (24 Jan 2020) di CICU, Hospital Serdang.
Al-fatihah buat arwah Dayang Deno.
Nota Kaki : Bro baru tahu keadaan arwah, pada Jumaat malam & Bro tak tahu kenapa Bro berdoa nak sangat arwah pergi pada hari Jumaat itu juga.