Filem Dajal: Satu Malam diPedajal arahan Pierre Andre bakal ditayangkan pada 6 Februari 2025 di pawagam seluruh Malaysia.
Sempena tayangan filem ini, turut diakan majlis pelancaran OST, treler, dan di sebalik tabir filem Dajal: Satu Malam diPedajal telah berlangsung dengan meriah di GSC Starling Mall, Petaling Jaya.
Acara ini menampilkan persembahan langsung OST, tayangan perdana lirik video, treler khas, dan paparan eksklusif di sebalik tabir filem tersebut.
Lagu tema, “Di Kala Malam,” dinyanyikan oleh Zynakal, menandakan kerjasama pertama antara Metrowealth International Group (MIG) dan penyanyi tersebut dalam menghasilkan OST.
Menurut penerbit filem, David Teo, Dajal: Satu Malam diPedajal merupakan karya yang menonjolkan kekuatan sebenar Pierre Andre, di mana ia adalah hasil penulisan 100% oleh beliau.
Filem bergenre thriller ini menawarkan sesuatu yang segar untuk penonton, memandangkan genre sedemikian jarang diterbitkan oleh Metrowealth.
Filem Dajal ini dibintangi oleh pelakon utama seperti Amir Nafis dan pempengaruh terkenal Bidin Al Zaifa. Turut serta dalam barisan pelakon adalah Khatijah Tan, Jay Iswazir, Jaja Iliyes, Dai Syed, Hanna Halim, Dai Fuad, dan Arfa Danish.
Kisahnya berkisar tentang dua pekerja pembersihan pasca-trauma yang terperangkap secara mistik di sebuah banglo selepas salah seorang daripada mereka membaca buku ritual lama semasa menjalankan tugas pembersihan.
Pierre Andre, yang dikenali melalui filem seperti Gol & Gincu (2005) dan Jangan Pandang Belakang (2007), kembali mengarahkan filem ini selepas berehat dari dunia perfileman sejak 2016.
Beliau sebelum ini mengumumkan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah, namun Dajal: Satu Malam diPedajal menandakan kemunculan semula beliau dalam industri.
Filem Dajal ini dijadualkan tayangannya pada 6 Februari 2025 di pawagam seluruh Malaysia. Bagi peminat genre thriller tempatan, filem ini pastinya dinantikan dengan penuh debaran.
Keyword :
- Filem thriller Malaysia
- Pierre Andre filem terbaru
- Dajal: Satu Malam diPedajal
- Tayangan filem 2025
- OST filem Malaysia
- Amir Nafis pelakon
- Bidin Al Zaifa influencer
- Metrowealth International Group
- Filem seram tempatan
- Tayangan perdana filem Malaysia