September 8, 2024

Pameran Getha Serlahkan Kelestarian Masa Depan di 1 Utama

Pameran Getha 1Utama

Getha Bedding (M) Sdn. Bhd. (Getha) sedang memperkuat komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan melancarkan Pameran Getha di 1 Utama dari 6 hingga 11 Ogos 2024. Acara ini menonjolkan produk tilam mewah yang diperbuat daripada 100% getah asli, yang bukan sahaja menjamin keselesaan tetapi juga selaras dengan usaha memelihara alam sekitar.

Dengan lebih lima dekad pengalaman, Getha telah menjadi peneraju dalam industri tilam mewah di Malaysia. Nama “Getha,” berasal daripada perkataan Melayu “Getah,” menandakan komitmen mereka terhadap sumber asli tempatan. Malaysia sebagai salah satu pengeluar getah utama dunia, menyumbang sekitar 400,000 hingga 450,000 metrik tan setiap tahun, dan Getha memainkan peranan penting dengan mempromosikan penggunaan getah asli tempatan secara mampan.

Pameran ini juga berfungsi sebagai platform pendidikan, memupuk kesedaran masyarakat tentang manfaat kesihatan dan alam sekitar daripada produk getah asli, di samping menawarkan promosi dan konsultasi pakar kepada pengunjung. Dengan langkah ini, Getha memperkukuh posisinya sebagai jenama yang mengutamakan kelestarian tanpa mengorbankan kualiti dan keselesaan.

Getha Boston Dream

Lim Seng Yu, Ketua Bahagian Perkongsian Strategiknya berkata,

Menggabungkan keselesaan dengan kelestarian adalah asas legasi kami. Sejak 1969, Getha komited untuk mencipta penyelesaian tilam yang bukan sahaja mewah tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar, serta membantu sektor perladangan komoditi yang terlibat langsung dengan industri kami.

Sebagai contoh, Getha memerlukan 1,000 pokok getah tempatan untuk menghasilkan sebuah tilam bersaiz king, yang membuktikan hubungan rapat dan sokongan kami terhadap industri getah. Dengan menggunakan 100% getah asli keluaran Malaysia, kami menyumbang kepada pengurusan lestari ladang pokok getah, memastikan kelangsungan dan pertumbuhan industri penting ini.

Getha telah mengukuhkan jenamanya di lebih 30 negara termasuk Australia, Korea Selatan, Jepun, dan Sepanyol, dengan mempromosikan produk berkualiti tinggi yang menggunakan 100% getah asli Malaysia. Langkah ini bukan sahaja memaparkan kepakaran pembuatan negara, tetapi juga memperkukuhkan reputasi Malaysia di peringkat global dalam amalan kelestarian.

Sempena bulan kemerdekaan, Pameran Getha di 1 Utama adalah peluang emas untuk orang ramai melihat dan merasai sendiri keunggulan produk Getha. Pameran ini menampilkan rangkaian produk baru seperti ‘Green Valley’, ‘Golden Gate’, dan ‘Victoria Park’, yang menawarkan inovasi seperti vegan, kalis api, dan infusi minyak zaitun untuk keselesaan maksimum.

Pameran Getha 1Utama Ruang Kanak

Selain pameran produk, acara ini juga meriah dengan pelbagai aktiviti seperti lukisan karikatur, kawasan permainan kanak-kanak, dan cabutan bertuah. Pengunjung juga boleh menikmati promosi eksklusif seperti diskaun dan tawaran istimewa yang menjadikan pameran ini lebih menarik dan bermanfaat untuk semua.

Getha menjemput pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai Getha Roadshow di 1 Utama Centre Court (New Wing) dari 6 hingga 11 Ogos 2024. Alami sendiri kemewahan dan inovasi produk terbarunya sambil menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://getha.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *