April 30, 2024

Jom Sertai LG Run Pada 4 Ogos 2024 di Putrajaya

LG Run Putrajaya

LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) memperkenalkan LG Run yang pertama yang dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Anjung Floria, Putrajaya.

Dengan matlamat untuk menggalakkan gaya hidup Life’s Good, LG Malaysia menjemput orang ramai yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara ini untuk meningkatkan kesejahteraan diri dan memupuk amalan sihat dan positif bersama ahli keluarga dan rakan terdekat.

LG Run menggariskan komitmen LG Malaysia dalam usaha mereka untuk mencipta pengalaman bermakna yang mendatangkan manfaat kepada kesihatan orang ramai dari segi fizikal, mental dan emosi, sejajar dengan intipati Life’s Good.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, menekankan bahawa LG Run bertujuan untuk menyambut kecergasan dan kesejahteraan yang dijalin dengan kegembiraan hasil nikmat keseronokan hidup yang sederhana.

Dalam LG Run ini, para peserta akan dapat menikmati lintasan khusus sambil bergaul dengan khalayak yang turut gemar akan sukan berlari, di mana semuanya bersatu menuju ke arah kecergasan dan kebahagiaan dalam mengatasi cabaran yang positif bersama anak- anak mereka. Ini, bagi kami, melambangkan konsep Life’s Good, prinsip panduan utama dalam segala usaha kami di LG.

Menampilkan laluan 5km dan 10km di sekitar Alam Floria dengan pilihan kategori yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, LG Run menjanjikan pengalaman yang mempesonakan untuk semua.

Sepanjang laluan larian yang merentas kehijaun alam, para peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan latar belakang yang memukau.

Pengaktifan muzik yang rancak akan menemani setiap langkah dengan irama yang pasti akan meningkatkan semangat para peserta untuk terus ke garisan penamat.

Selain itu, kawasan karnival akan mempamerkan rangkaian produk dan permainan tradisional Korea untuk menambahkan lagi keseronokan acara dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Justin menyatakan bahawa kategori kanak-kanak bertujuan untuk menyemai kemahiran daya tahan dan keazaman bagi mereka yang masih kecil. Dengan penyertaan dalam LG Run, kanak-kanak akan dapat mempelajari nilai-nilai yang diperlukan untuk mengatasi sebarang cabaran dan ia juga mampu memupuk ketabahan minda yang dapat mendatangkan manfaat sepanjang hidup mereka.

Peserta yang berminat digalakkan untuk mendapatkan tiket mereka mulai hari ini hingga 14 Julai 2024 melalui laman web rasmi LG Run di https://lglifesgoodrun.com/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *