November 10, 2024

Bufet Ramadan 2024 : Hotel Royal Kuala Lumpur Harga Bermula Dari RM88

Bufet Ramadan 2024 Hotel Royal Kuala Lumpur

Ramadan ini, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan bufet ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM88 (early bird)

Tahun ini, Hotel Royal Kuala Lumpur menganjurkan bufet ramadan dengan tema “Citarasa Klasik” yang menawarkan pelbagai hidangan autentik melayu lama.

Penyediaan bufet ramadan diketuai oleh Chef eksekutif hotel Mohd Hafif Mohd Saleh bersama briged dapurnya yang akan menyediakan hidangan istimewa untuk para tetamu.

Bufet Ramadan “Citarasa Klasik” boleh didapati di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezzanine Hotel Royal Kuala Lumpur dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Menu Bufet Ramadan 2024 : Hotel Royal Kuala Lumpur

Hotel Royal KL - Pilihan Kerabu

Bagi menu Bufet Ramadan 2024, ia menampilkan pelbagai pilihan hidangan tradisi yang digemari masyarakat di Malaysia, antaranya seperti Nasi Biryani, Kambing Kuzi dan Asam Laksa.

Turut terdapat pelbagai pilihan Kerabu yang cukup menyelerakan seperti Kerabu Mangga Muda, Kerabu Daging dan Kerabu Ayam.

Manakala penggemar pencuci mulut, jangan lupa untuk menikmati pelbagai jenis manisan, antaranya seperti Cendol Agar-Agar, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan banyak lagi pilihan lain.

Mee Goreng panas-panas, kambing golek, roti canai antara yang menjadi tarikan di gerai masakan panas secara LIVE.

Yang menarik perhatian Bro, bila tetamu disajikan dengan roti canai durian. Agak rare juga menu ini jika berbanding menu-menu yang disajikan di tempat lain.

Terdapat lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dalam bufet ramadan. Hidangan yang Bro memang rekomen antaranya seperti Ekor Sapi Masak Asam Pedas, Masak Lemak Ayam bersama Rebung dan Patin Masak Tempoyak.

Sepanjang bulan ramadan juga, tetamu hotel akan dihiburkan dengan persembahan artis jemputan khas iaitu Kelly Azman dan juga Ani Maiyuni.

Bufet Ramadan “Citarasa Klasik” boleh didapati di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezzanine Hotel Royal Kuala Lumpur dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Harga Bufet Ramadan 2024 : Hotel Royal Kuala Lumpur

Harga Bufet Ramadan Hotel Royal Kuala Lumpur

Harga per pax adalah RM108.00 bersih untuk dewasa dan RM58.00 bersih untuk warga emas dan kanak-kanak. Untuk tempahan berkumpulan 10 pax, 1 pax percuma akan diberikan (maksimum 3 pax percuma sahaja).

Manakala untuk early bird (sehingga 5 Mac) harga yang ditawarkan hanyalah RM88 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh Whatsapps ke nombor talian +60 16-520 0579 atau klik link ini: https://api.whatsapp.com/send?phone=60165200579 /

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *