Bro Samurai sekeluarga telah sertai dan memeriahkan acara Fun Run Karnival MAIWP 2024 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, KL pada 18 Februari yang lalu.
Karnival ini dianjurkan oleh Hospital PUSRAWI bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertemakan “50 Tahun Memacu Kegemilangan Ummah”.
Acara ini turut disertai oleh 500 peserta yang berlainan latar belakang.
Terharu rasanya,
Bila kehadiran Bro seawal pagi telah disambut oleh VVIP terutamanya sahabat Bro, Ketua Pengarah JAWI – Datuk Hj Mohd Ajib dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im.
Satu penghargaan buat Bro selaku runner biasa² ni.
Bayangkan, sampai-sampai je VVIP yang sambut kita. Bukan kita yang sambut VVIP.
Peserta larian untuk acara ini telah dilepaskan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Selain acara ‘Fun Run’ ini, turut berlangsungnya Karnival MAIWP 2024 yang menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik buat pengunjung sepanjang hari bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 11:00 malam.
“Seronok melihat setiap keluarga menyertai acara larian santai yang sebelum itu bersenam robik. Semoga kita semua terus sihat afiah sejahtera.
Inilah antara peranan MAIWP untuk memperkukuh keharmonian masyarakat.” – YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im, Menteri di Jab Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Tujuan penganjuran Karnival MAIWP 2024, ianya bagi menyebar luas peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIWP kepada masyarakat dalam aspek pendidikan, keusahawanan, kesihatan dan kebajikan selain memperkasakan nilai kebersamaan MAIWP dengan agensi-agensi yang terlibat.
Dalam karnival ini sebanyak 100 buah reruai disediakan yang menggabungkan pameran jualan usahawan asnaf MAIWP, perkhidmatan dan institusi pendidikan serta kesihatan di bawah MAIWP.
Selain itu juga, Rakan – Rakan Korporat MAIWP seperti agensi – agensi kerajaan, selebriti turut membuka reruai untuk orang ramai.
Apa-apa pun, terima kasih buat rakan-rakan runner yang sudi bertegur sapa dan bergambar bersama #BroSamurai sekeluarga sepajang acara ini berlangsung.
Insya’lah, kita berjumpa lagi di next run!
Medal Fun Run Karnival MAIWP 2024
Ramai cakap medal Fun Run Karnival MAIWP 2024 ini cantik dan berbaloi sangat dengan harga yuran pendaftaran.
So, menjadi benda wajib lepas run, Bro akan ukir nama dekat medal.
Oleh itu, Bro sanggup lepas habis Fun Run Karnival MAIWP 2024 dekat Tasik Titiwangsa, terus gerak ke Dataran DBKL yang turut berlangsung KL Car Free Morning (KLCFM) untuk dapatkan khidmat mengukir nama pada medal.
Memang terasa berbaloi sangat bila medal yang kita perolehi ada terukir nama sendiri.
Selain medal, mereka juga tawarkan untuk ukir pada produk tertentu juga. Jika anda ada buat company event, boleh roger untuk dapatkan khidmat mereka dengan call / wasap : +601121180698 (Farouk)