October 27, 2025

Filem Banglo Seksyen 12 Adaptasi Novel Karya Seram Paling Laris

Filem Banglo Seksyen 12

Filem Banglo Seksyen 12 yang diadaptasi dari novel Banglo Seksyen 12, karya seram paling laris keluaran Buku Prima bakal ditayangkan dipawagam bermula 25 Jan 2024.

Menggunakan judul yang sama sebagai tajuk filem, pelakon Intan Ladyana selaku penerbit eksekutif berharap filem ini mampu mendapat tempat di hati penonton / peminat filem seram di Malaysia.

Filem terbitan Prisma Pictures Sdn Bhd ini diarahkan oleh Dharma Nasution, bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini.

Produksi Filem Banglo Seksyen 12

Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Menurut Intan Ladyana, Filem Banglo Seksyen 12 terhasil daripada suntikan Dana Kandungan Digital (DKD) yang disalurkan Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Menerusi inisiatif tersebut syarikat produksinya, Prisma Pictures Sdn Bhd menerima dana sebanyak RM500,000 untuk mengeluarkan filem dan peruntukan itu digunakan sepenuhnya dalam penghasilan naskhah terbabit.

Sinopsis Filem Banglo Seksyen 12

Poster Filem Banglo Seksyen 12

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

20 tahun kemudian, sekumpulan paranormal datang ke banglo ini untuk membuat rakaman, terkejut bila menjumpai beberapa mayat tanpa kepala disekitar kawasan banglo.

Hanya seorang mangsa yang terselamat dan berada didalam trauma yang mereka jumpai.

Kumpulan paranormal ini mula bertindak untuk mendapatkan maklumat dan menyelesaikan misteri pembunuhan ini melalui petunjuk dan footage yang diperolehi dari kamera kumpulan yang dibunuh tadi.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada mayat-mayat tanpa kepala itu.

Sama-sama kita saksikan Filem Banglo Seksyen 12 dipawagam bermula 25 Jan 2024.

Trailer Filem Banglo Seksyen 12

Review Filem Banglo Seksyen 12 oleh Bro Framestone

Review Filem Banglo Seksyen 12

Bagi yang pernah membaca Novel Banglo Seksyen 12 sebelum ini, Bro galakkan korang untuk menonton filem ini untuk lebih keterujaan.

Bagi yang belum pernah membaca, Filem Banglo Seksyen 12 sesuai dijadikan salah satu filem seram untuk anda nikmati sebagai pembukaan tahun 2024.

Bro belum pernah membaca novel tersebut, maka pengalaman menontonnya membuat Bro tertanya-tanya sepanjang filem ini berlangsung.

Walaupun jalan ceritanya agak mendatar, diselang selikan dengan thowback kejadian 20 tahun lepas. Ia mampu membuatkan penonton teruja untuk mengetahui apa yang terjadi, akan terjadi dan telah terjadi kepada sekumpulan remaja yang pernah datang 20 tahun lepas dan juga kepada sekumpulan remaja yang datang ketika itu.

Adakah mayat tanpa kepala yang mereka temui ada kaitan dengan kejadian 20 tahun lepas?

Permainan visual memainkan peranan penting, membantu penonton untuk membezakan plot masa pada setiap scene. Ada beberapa scene nampak serupa antara 2 masa tersebut untuk menampakkan kaitan antara 2 kejadian yang telah berlaku.

Bagi Bro, filem ini mampu memberi anda perasan seram, terkejut disertakan dengan persoalan demi persoalan yang akan terjawab dihujung ceritanya.

Sesuai bagi mereka yang suka menonton filem sambil tutup muka dengan bantal.

So korang jangan lupa untuk menyaksikan Filem Banglo Seksyen 12 dipawagam bermula 25 Jan 2024.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *