November 8, 2024

Jom Dapatkan Beg Tote CU x Christy Ng Edisi Terhad!

Nikmati percutian penuh gaya dengan beg tote CU x Christy Ng edisi terhad!

CU, kedai serbaneka Korea nombor satu di Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Malaysia, Christy Ng untuk menghasilkan beg tote dengan rekaan menarik yang juga boleh dijadikan sebagai koleksi serta sesuai untuk digayakan oleh semua.

Kini anda boleh menikmati musim percutian yang akan datang dengan gaya fesyen yang trendy!

Tak kira samada anda nak membeli belah, bertemu teman baik ataupun bercuti bersama yang tersayang – beg tote CU x Christy Ng ini adalah koleksi terbaik sebagai aksesori tambahan untuk anda ber- #ootd!

2 Rekaan Istimewa Memenuhi Personaliti dan Citarasa Anda

Beg Tote CU x Christy Ng

Rekaan untuk setiap beg tote ini diinspirasikan daripada reka bentuk kedai CU di Korea, menjadikan ianya sungguh unik dan tersendiri. Disamping itu juga, kedua-dua beg ini dihasilkan dengan dua warna tema istimewa mengikut kesesuaian personaliti dan citarasa anda.

Sekiranya anda gemarkan warna yang terang dan terserlah, beg tote pertama yang ceria serta nampak segar dengan warna biru laut dan kuning seperti sinaran matahari – adalah beg yang sesuai untuk anda.

Namun jika anda lebih sukakan aura yang lebih tenang dan klasik – anda boleh memilih beg tote kedua yang menampilkan rekaan minimalis dengan pilihan warna rasmi CU yang sememangnya dikenali iaitu ungu dan hijau.

Tak kira apapun warna pilihan anda, beg tote yang cantik ini diperbuat daripada kanvas berkualiti tinggi, bagi menjamin pengalaman membeli belah yang selesa disamping menjadikan anda kelihatan sungguh bergaya.

So, jadikan beg tote ini sebagai peneman anda ketika keluar membeli belah, atau semasa berehat sambil makan snek di CU atau boleh juga dijadikan teman anda untuk berswafoto ketika berjalan-jalan di bandar!

Sempena pelancaran cawangan CU yang ke-100 di Malaysia, kolaborasi ini adalah sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang CU terima dari rakyat Malaysia dan juga perasaan sarang (cinta) CU kepada kesemua pelanggan-pelanggan CU.

Keutamaan CU adalah untuk memberikan para pelanggannya suasana membeli belah yang segar serta menyeronokkan dan ini adalah langkah pertama, akan ada lebih banyak lagi kejutan istimewa – jadi tunggu!

Koleksi beg tote CU x Christy Ng kini boleh dibeli di seluruh cawangan CU seluruh Malaysia, dengan harga runcit RM49.90 satu.

Setiap beg tote ini didatangkan bersama pelbagai barangan menarik antaranya termasuklah: Foodaholic Aloe Soothing Gel, Lovint Choco Stick, pek kluster Coca Cola Rasa Asli dan juga Buku Nota Coca Cola dengan kuantiti yang terhad*!

Jom kunjungi cawangan CU terdekat anda dan dapatkan beg tote yang sungguh bergaya rekaan Christy Ng, hari ini!

*Selagi stok masih ada.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *