October 3, 2023

Lagu ‘Yes Sir’ OST Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang oleh Zamani Ft. Ariff Peter

Pelancaran Coast Guard Ops Helang

Tak sabar rasanya untuk menyaksikan Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang, karya terakhir arahan Allahyarham Pitt Hanif yang akan ditayangkan pada 2 Februari 2023 nanti.

Baru-baru ini,

Bro berkesempatan untuk hadiri majlis pelancaran lagu tema Filem Coast Guard dimana ianya dinyanyikan oleh Zamani Ft. Ariff Peter.

Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM)

Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat

Pelancaran ini disertakan dengan gimik yang sangat menakjubkan yang telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri.

Gimik ini mampu membuat hadirin yang hadir terpukau dengan aksi-aksi sebenar yang dipamerkan.

Sebelum itu, jom kita layan lagu tema (OST) ‘Yes Sir’ untuk Filem Coast Guard yang dinyanyikan oleh Zamani Ft. Ariff Peter yang mampu membuat anda tidak sabar-sabar untuk menyaksikan filem ini.

Lirik Lagu “Yes Sir” OST Filem Coast Guard – Zamani Ft. Ariff Peter

(Chorus) Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki, Yes Sir,

Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Lautan luas, bahtera aku markas, Jaga setiap sudut tiada musuh yang terlepas,
Bukan soal berani ataupun siapa buas, Yang carti nahas, aku bagi jumpa ruas,
Habis peluru aku guna buku lima, Lautan tenang tapi jangan main gila,
Biar putih tulang daripada putih mata,
Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus) Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki, Yes Sir,

Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki

Salut,
Panggilan perang aku sahut,
Roger dalam radar mana-mana area laut,
Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,
Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,

Ini amaran,
Kita masih aman asal tak langgar sempadan,
Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan,
Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,
Kalau perlu ku lawan,

(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti,
Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi,
Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki, Yes Sir,

Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Majlis ini turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Untuk pengetahuan anda,

Lagu ‘YES SIR’ ini merupakan terbitan COF MUSIC dimana ia menampilkan ZAMANI sebagai penyanyi utama dan gabungan penyanyi rap iaitu ARIFF PETER yang juga merupakan penulis lirik bersama HASRIL, OTROMEN, dan NASS.

Menariknya, lirik lagu ‘Yes Sir’ ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

Filem ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.

Trailer filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Sinopsis filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Fiem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.

Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya.

Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi “Ops Helang“ pasukan Maritim Malaysia.

Kerjasama ini adalah bagi memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production ini juga mendapat kerjasama serta edaran Metrowealth Pictures yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada 2 Februari 2023.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *