Sempena World Lung Day 2022, Bro sertai ‘Fun Walk’ yang dianjurkan oleh Asthma Malaysia sejauh 5km di Taman Botani Shah Alam.
Ia disertai lebih 500 orang peserta dari pelbagai peringkat umur dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.
Program ini bertujuan untuk membuka peluang bagi masyarakat mengetahui penjagaan dan amalan kesihatan paru-paru dengan tepat.
Asthma Malaysia dalam masa sama turut menekankan empat perkara iaitu;
- Katakan tidak kepada tembakau,
- Lindungi mereka melalui vaksinasi,
- Menghirup udara bersih, dan
- Lakukan senaman fizikal secara berkala.
Perkara ini perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian untuk memastikan kita menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Bagi Bro, program ini bukan sahaja memberi kesedaran kepada masyarakat bahkan juga membuka peluang dan ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan kesihatan paru-paru.
Selain beriadah, peserta juga dapat meluangkan masa menikmati keindahan alam yang disajikan di Taman Botani Shah Alam ini.
Pengharaman Rokok Pada Yang Lahir Tahun 2007 & Seterusnya
Rang undang-undang Generational End Game, yang bertujuan untuk mengharamkan merokok kepada sesiapa yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya, dilihat sebagai pengubah permainan oleh ramai, berpotensi mewar-warkan generasi pertama rakyat Malaysia yang tidak boleh menghisap rokok secara sah.
Ia hanya merujuk kepada satu bahagian Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
Perkara di atas adalah selaras dengan Inisiatif Global untuk Asma (GINA), sebuah organisasi kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang diasaskan pada tahun 1993 untuk meningkatkan kesedaran global tentang Asma.
Walaupun asma tidak dapat disembuhkan, ia mungkin diuruskan untuk mengurangkan dan mengelakkan serangan asma, yang juga dikenali sebagai episod atau eksaserbasi.