December 6, 2024

Selepas 4 Tahun, Tiba Masanya Untuk Hijrah Keluar Dari Puncak Alam

Warga Puncak Alam

Setelah genap 4 tahun jadi warga Puncak Alam, akhirnya tiba masa untuk hijrah ke tempat lain.

Ke mana? Bro sendiri pun tak pasti.

Sepanjang 4 tahun jagi warga Puncak Alam, banyak kenangan tercipta dan ramai kenalan dieratkan. Walaupun 4 tahun, tempoh tidak terasa sangat dek penangan Covid-19.

Tapi alhamdulillah berada dalam komuniti setempat yang aktif dengan persatuan dan aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan ukhwah sesama kami.

Kalau ikutkan, Bro nak terus menetap di Puncak Alam. Tetapi perancangan Allah swt mungkin membawa Bro ke tempat lain. Buat masa ini, Bro tak pasti nak menetap di mana. Sekadar menumpang teduh di tempat orang, sebelum melangkah membuat keputusan hala tuju kehidupan.

Owner Bro Char Kuey Teow

Paling tak sangka, Bro berniaga Char Kuey Teow balik selepas lebih 6 tahun tak berniaga. Rasa dan permintaan masih sama seperti dulu.

Malangnya, Bro terpaksa tutup takkala tengah ramai yang mengidam air tangan Bro. Buat masa ini, Bro belum ada plan untuk buka semula bisnes ini. Bisnes yang lain juga, terpaksa Bro tutup juga.

Mungkin ada rezeki Bro di tempat lain. Siapa yang tahu.

Kenalan Warga Puncak Alam

Sepanjang tempoh 4 tahun menetap di Puncak Alam, banyak perubahan dapat dirasai. Dari jalan kecil yang mencuakkan jika berselisih dengan lori kepada jalan yang mempunyai 8 lane.

Dari jalan yang hanya ada 1 trafik light dekat simpang 4 kepada beberapa trafik light hingga ke simpang Hill Park. Dari sekadar ada McD, kepada pelbagai fast food lain yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Dari sekadar ada Petronas 2 ketul. Kepada beberapa stesen minyak dari jenama yang lain. Dari kawasan jin bertendang kepada port panas untuk ditakluk oleh ahli politik di masa hadapan.

Banyak sangat perubahannya.

Buat masa ini, korang doakan yang baik-baik buat Bro sekeluarga. Ke mana Bro selepas ini? Jeng jeng jeng…

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *