Asal Isteri Mandul, Nak Kahwin Lain / Lagi
Isu ini biasa je, tapi itu yang selalu menjadi alasan bila seorang isteri gagal memberi zuriat kepada suaminya. Maka, si suami menggunakan alasan itu untuk berkahwin lagi.
Lebih ketara bila usia perkahwinan jejak 5 – 10 tahun, zuriat tiada. Mulalah orang keliling bersuara / membawang tanya itu ini.
Pasal tertekan / malu, maka bercerailah pasangan suami isteri itu.
Yang bersuara / membawang tue, bukannya orang jauh. Dalam keluarga, sedara mara dorang juga. Ish ish ish, tak rasa bersalah ke kerana mulut, rumah tangga orang lain musnah macam tue sahaja.
Yup,
Perempuan mana yang mampu bertahan, bila semua ‘kesalahan’ ditujukan kepada diri mereka.
Bukan mereka yang inginkan benda ini terjadi. Ada banyak puncanya benda ini terjadi. Ada disebabkan masalah hormon, rahim tak kuat dan ada juga yang doktor cakap, “risiko mengandung boleh membahayakan nyawa”.
Benda nie bukan boleh dibuat memain.
Maka sebagai suami, anda perlu berada di sisi mereka untuk memberi dorongan dan semangat. Jika ada mulut puaka, tegur cara baik jangan sampai putus ikatan persaudaraan.
Jika si isteri izinkan anda berkahwin, mungkin itu rezeki anda. Tapi jika ada solusi lain, anda boleh pertimbangkan.
Siapa yang tak nak ada anak, jika tak mampu.. Ambil la anak angkat. Yup, ambil anak angkat nie ada risiko dan undang-undangnya. Tapi sekurangnya ada juga peneman kepada si isteri itu tadi.
Bro sendiri akui, sejak ada anak… Mereka lebih banyak menghiburkan hati bro time Bro stress, ada masalah dan hilang semangat untuk teruskan kehidupan.
Tanpa mereka, Bro tak mampu jadi ayah terbaik buat mereka seperti hari ini.
Ada juga yang kahwin, anak berderet masih gatal nak kahwin lagi. Siap isteri muda ugut suruh ceraikan isteri tua lagi, on x on?
Bila dah bercerai, anak yang berderet tadi, sedikit pun dia tak ambil tahu or bagi nafkah. Tau-tau dah besar, terhegeh2 minta duit dekat anak-anak kalau tidak ugut cakap anak derhaka.
Tapi ingatlah, si anak bukannya bodoh.
Mereka membesar melihat kesusahan si mak membesarkan mereka tanpa sedikit pun kasih sayang dari si bapa.
Nota Kaki : Status panjang ini, berdasarkan cerita sebenar dari apa yang Bro baca di facebook rakan-rakan.
Jika ada yang berkait dengan kisah korang, mungkin ianya kebetulan ataupun sekadar perkongsian dari Bro. Ingatlah, isteri adalah pinjaman sementara didunia ini. Begitu juga dengan suami, bezanya si suami boleh dikongsi ?
Penafian : Artikel ini telah dimuat naik di laman facebook Bro pada tahun 2019, baru hari ini copy paste masuk dalam blog.
terjadi dalam keluarga sndri. awalnya mmg berjanji nk jaga walaupun dah tahu percent dpt ank tu tipis, sanggup terima. last2 bila ayhnya meninggal, ceraikan ank nya untuk kawen dgn org lain sebab nak ank.