January 18, 2022

Miaow Miaow Bangkit Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Miaow Miaow Nostalgia Zaman Kanak-Kanak
Masihkah korang ingat lagi nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak dahulu?

Jika hampir lupa, Bro nak bagitau yang Miaow Miaow kini berhasrat untuk membawa korang kembali ke zaman kanak-kanak dengan hidangan nostalgia suatu ketika dahulu, yakni makanan ringan dan perisa klasik mereka.

Ramai di antara kita berkongsi kenangan manis ketika menikmati snek Miaow Miaow selepas sekolah atau semasa menonton televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan.

Logo dan pembungkusan yang dikenali tidak pernah gagal menghidupkan semula kenangan membuka kerajang aluminium dan disambut dengan perisa dan bau-bauan yang tidak pernah korang lupakan kelazatan kerangupan mereka.

Menurut pengasasnya, adik beradik Encik Chink Poh Cheng dan Encik Chuang Poh Lim, Miaow Miaow merupakan jenama keluarga yang diutamakan.

Miaow Miaow (disebut ‘meou meou’) sinonim dengan maksud ‘Hebat’ dalam bahasa Mandarin, ialah pengeluar makanan ringan terkenal di Malaysia.

Bermula secara sederhana pada tahun 1975 sebagai perniagaan keluarga di Batu Pahat, Johor, Miaow Miaow kini telah berkembang menjadi salah satu pengedar makanan ringan terkemuka di Malaysia.

Sehingga kini, Miaow Miaow disayangi di seluruh dunia dan dinikmati oleh semua masyarakat pelbagai peringkat umur di lebih 40 buah negara.

Antara snek mereka yang terkenal dan digemari ialah Keropok Udang Miaow Miaow, Snek Kekacang Hijau, Keropok Perisa Sotong, Keropok Kentang, Gegelang Perisa Keju, Keropok Perisa Ayam, dan Snek Berperisa Pedas dan Berempah.

Bersedia untuk mengembara ke masa lalu sambil menemui kembali rasa snek ikonik zaman kanak-kanak di Malaysia. Anda boleh mendapatkan snek Miaow Miaow di peruncit utama seperti AEON, Econsave, Giant, Mydin dan The Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial Facebook Miaow Miaow | Instagram @MiaowMiaow.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *