September 19, 2025

Pengalaman Suntik Vaksin Dose Pertama di Stadium Tertutup Kuala Selangor

Suntik Vaksin 1st Dose Stadium Tertutup Kuala Selangor
Penantian untuk dapatkan vaksin berakhir.

Setelah berkali-kali mengemaskini status pregnancy, akhirnya dapat juga tarikh untuk suntikan vaksin kali pertama di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Gurau je.

Ramai yang tanya macam mana Bro leh dapat awal berbanding orang lain.

Sebenarnya Bro daftar under pesakit kritikal. Yup Bro ada penyakit kritikal sekarang ini. Waktu appointment doktor tempoh hari, dia suruh daftar je vaksin secara manual dekat booth yang disediakan.

Memang khas untuk mereka yang ada sejarah penyakit kritikal macam Bro.

Waktu Bro dapat result untuk check up yang terkini. Result Bro lebih teruk dari result check up 2 bulan lepas. Memang terduduk, termenung Bro waktu itu.

Buat masa nie, korang just doakan kesihatan Bro kembali pulih dan penyakit yang Bro hadapi sekarang nie terkawal.

***

Kalau ikutkan, ini pertama kali Bro drive jauh sorang diri bila dapat arahan untuk terima vaksin di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Lagipun lokasi ini agak jauh dari kediaman Bro sekarang.

Kalau terakhir Bro drive jauh sekitar bulan Januari tempoh hari.

Lama tak Bro terkurung selama ini dengan harapan jumlah kes makin menurun, malangnya makin naik setiap hari. Tak tahu la apa sebenarnya kerajaan kita cuba buat.

Perjalanan Bro nak ke Stadium Tertutup Kuala Selangor lebih kurang 40 minit. Siap lalu Sekatan Jalan Raya di kawasan yang sedang PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) <- Dekat sini hampir 10 minit dihabiskan untuk beratur dan tengok orang potong barisan. Dasar anak….

Bila sampai di Stadium Tertutup Kuala Selangor, memang tiada masalah untuk dapatkan tempat untuk meletak kenderaan.

Dari pendaftaran hingga beratur untuk vaksin semuanya berjalan dengan lancar tanpa perlu menunggu lama. Orang yang hadir untuk vaksin pun terkawal juga. Cuma kebanyakan macam berusia dan Bro xnampak yang muda-muda.

Cuma Bro nak pesan jika korang pertama kali ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), apa korang perlu ingat / bawa :-

  1. Handphone yang dah siap dengan aplikasi MySejahtera. (Kalau tiada, ada kaunter khas untuk daftar juga)
  2. Pastikan ada line internet. Macam kes Bro, tertiba area Kuala Selangor, line Maxis ada masalah. Semalam Bro ada bawa phone yang guna line Digi.
  3. MyKad kena ada
  4. Seeloknya bawa pen sendiri. Banyak borang nak kena isi.
  5. Makan sesiap & bawa air minuman sendiri.
  6. Sediakan panadol (Sebab ada yang demam-demam or lengguh2 badan lepas kena vaksin)

Jika korang nak bergambar dengan booth “Saya sudah divaksin”. Jangan sesuka hati minta orang lain ambilkan gambar korang kecuali kalau dorang tawarkan diri.

Bukan apa, risau korang tersebar virus melalu handphone pula nanti.

Lepas minta orang ambilkan gambar korang, jangan lupa balas balik dengan mengambil gambar dorang pula. Paling penting jangan lupa sanitasi handphone korang.

Nota Kaki : Alhamdulillah, lepas vaksin tempoh hari tiada apa-apa simptom yang Bro hadapi. Ok, next vaksin untuk dose kedua pada hujung bulan ini.

Harap kes harian makin turun la gamaknya.

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *